9 Sebab Mengapa Perlu Kahwin Muda, Jangan Lengahkan! - Verst );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

9 Sebab Mengapa Perlu Kahwin Muda, Jangan Lengahkan!

Share

Kahwin muda tidak menjadi bahan bualan orang, malah yang kahwin lambat selalu menjadi isu. Mengapa? Mungkin kerana jika kahwin lambat mempunyai masalah tertentu. Tetapi pada zaman sekarang tidak ramai yang berani mengambil risiko untuk berkahwin muda kerana ada sahaja alasan masing-masing.

Walaupun perbincangan ini cliche, perlu diingatkan kahwin awal mempunyai banyak kelebihan. Memang jodoh dan rezeki ketuntuan Tuhan, tapi diri sendiri boleh mengubah perkara yang baik menjadi lebih baik.

Agama

Semua agama mengatakan perkahwinan adalah perkara yang baik dan dituntut. Agama Islam sendiri menyarankan segerakan perkahwinan jika sudah memenuhi syarat zahir dan batin. Selain itu, berkahwin juga dapat pahala. Daripada bercinta tanpa ikatan, lebih elok halalkan hubungan.

Berzina

Sebagai manusia biasa, godaan demi godaan tidak dapat dikawal. Berat godaan nafsu, sebelum berlaku perkara yang memudaratkan, baik bina hubungan yang sah. Keluarga pun tidak susah hati.

Rezeki

Rezeki datang dengan pelbagai cara. Jangan kerana alasan wang tidak cukup, tidak mempunyai kereta, tiada rumah sendiri menjadi alasan untuk tidak berkahwin. Tuhan tidak akan bebankan hambaNya, jika anda dan pasangan berusaha untuk mengubah hidup kepada lebih baik, dengan izinNya rezeki akan mencurah-curah. Rajin berusaha dan berdoa akan membuat anda hidup lebih selesa.

Jangan Tangguh

Kenapa perlu menangguh perkara yang baik? Zaman sekarang semua perkara perlu bertindak dengan pantas. Dapatkan persetujuan kedua-dua pihak dan langsungkan majlis. Tidak perlu grand, hanya buat majlis ringkas sudah memadai. Tunggu lama-lama nanti melepas pula.

Baiki Diri

Ada antara anda tidak pernah memasak pada zaman bujang. Setiap kali lapar, mesti ‘tapau’ makanan di luar. Bila sudah berkahwin, andalah orang paling hebat di dapur. Ini kerana anda berubah untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Tanggungjawab

Tugasan sebagai seorang suami atau isteri berbeza dengan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa. Kepada anda yang membuat keputusan untuk berkahwin awal, pastikan anda mampu menggalas tanggungjawb dengan sempurna. Tiada lagi bangun tidur pada tengah hari, masakan terhidang di atas meja, duit belanja yang selalu diberi oleh ibu bapa. Segala urusan adalah tugas anda sebagai suami atau isteri.

Matang

Matang bukan bergantung pada usia. Ada saja umur awal 20-an boleh berfikir secara matang. Mungkin sebelum ini hobi anda bermain game tanpa henti, apabila sudah berkahwin anda perlu hadkan masa dengan hobi anda dan luangkan masa bersama keluarga dan anak-anak. Anda juga akan lebih fokus kepada keluarga, kadang-kadang sampai terlupa hobi anda adalah bermain game.

Tenang

Alam perkahwinan tidak selalunya indah, tetapi dengan adanya orang yang tersayang di sisi, anda akan menjadi lebih tenang walaupun tengah serabut dan banyak masalah. Jaga hubungan dengan pasangan pasti setiap masalah yang datang dapat dihadapi dengan baik dan diselesaikan dengan cara yang elok.

Rancangan

Kelebihan berkahwin pada usia muda adalah kurang masalah melibatkan kesuburan, kemandulan, proses bersalin dan macam-macam lagi. Berbanding berkahwin pada usia 35 tahun ke atas yang mungkin ada risiko komplikasi semasa bersalin dan masalah kesihatan. Selain itu, jika kahwin awal dan mempunyai anak di usia muda, anda dan pasangan masih cergas dan bertenaga untuk menjaga kerenah bayi. Menjelang usia lanjut, anak-anak sudah besar. Anda dan pasangan boleh berehat dan kembali bercinta seperti awal percintaan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!