9 Snek Lewat Malam Yang Korang Boleh Makan Tanpa Rasa Menyesal );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Lifestyle Makan Sihat

9 Snek Lewat Malam Yang Korang Boleh Makan Tanpa Rasa Menyesal

Share

Okay korang, jujur lah eh, kita semua memang suka makan. Lagi-lagi pada waktu malam. Walaupun ramai yang bagitahu yang ini memang idea buruk untuk makan lewat malam sebab risau berat naik mendadak.

Tapi korang jangan risau, ada kajian menyatakan yang korang sebenarnya boleh makan lewat malam tanpa risau berat badan naik. Hah macam mana itu?

Jom scroll ke bawah untuk tahu makanan apa yang penuh dengan protein, rendah gula dan semestinya sedap dimakan.

1. Keju

Apabila penulis cadangkan keju sebagai snek atau jajan larut malam, korang kena ambil dalam kuantiti sepotong keju, bukan setengah kilo tau. Okay bagi yang tak tahu lagi, keju adalah makanan berprotein tinggi yang akan buat korang kenyang sampai keesokan harinya. Korang boleh ambil keju rendah lemak untuk snek lewat malam kawal berat badan.

2. Keju Kotej

Beza keju kotej dan keju biasa ialah keju kotej berbentuk dadih berwarna putih dan korang pun boleh buat sendiri di rumah. Ia ada protein kasein yang mampu melambatkan kadar pencernaan dan sesuai buat snek waktu malam untuk tingkatkan rasa kenyang.

3. Hummus

Hummus merupakan protein yang hebat, terutamanya kalau ‘do it yourelf’. Sekiranya korang lapar, carrot atau batang saderi yang dicelupkan ke dalam hummus adalah pilihan yang sangat baik.

4. Yogurt

Kajian telah membuktikan bahawa greek yogurt sangat sesuai untuk snek lewat malam. Ia tinggi dengan protein, rendah lemak, dan rendah gula. Kalau kreatif, korang boleh masukkan beberapa buah atau beri untuk membuatnya lebih sedap dimakan.

5. Biskut

Korang jangan tibai biskut dengan gula kat atas tau, tapi biskut yang ada bijirin penuh dengan karbohidrat kompleks yang rendah kalori. Kalau nak lagi sedap, boleh letak sedikit hummus atas biskut, sepotong keju atau sedikit keju kotej akan menjadikan snek korang lagi awesome dan sedap.

6. Bertih Jagung

Hah jangan terkejut tau, popcorn adalah makanan ringan yang sangat selamat untuk dimakan pada waktu malam. Bukan popcorn yang ada dalam beg gelombang mikro, dan sudah gaul dengan mentega. Tapi popcorn tanpa perisa. Mungkin kalau nak juga perisa tambahan, boleh tambah dengan bawang putih atau rempah yang bersesuaian.

7. Telur

Telur bukan sebarang telur, telur rebus dijadikan pilihan, hah gitu. Telur rebus memang antara pilihan snek yang terbaik. Sebabnya sebiji telur ada 75 kalori dan protein di dalam nya dapat membuatkan korang rasa kenyang dengan lebih lama.

8. Sayuran

Snek sayuran memang yang terbaik, kerana kebanyakannya sangat tinggi Glycemic Index (GI) dan korang tak akan rasa lapar sampai keesokan harinya.

9. Pisang

Walaupun pisang ada kalori yang cukup tinggi, tetapi ia juga mengandungi kalium dan magnesium yang tinggi, itu sebabnya pisang adalah ubat penenang secara natural. Pisang juga mempunyai melatonin, yang menurut beberapa kajian, boleh membuatkan kita rasa mengantuk.

Hah, korang ada tak idea snek lewat malam yang lain? Jom kongsikan dengan kami dan komen di bawah.

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!