);

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Ada Baik Juga Orang Suka Main Game Ni

Share

Kalau sebut gamers je mesti perkara negatif terlintas dekat kepala. Bukan untuk lelaki je, perempuan pun sama. Sekarang ni main game tak kira jantina. Kesan main game pun tak semuanya buruk, ada baiknya juga.

Memang nampak main game macam orang malas sebab tak bergerak tapi sebenarnya ada perkara yang best kalau jadi gamers ni. Bukan kebaikan pada diri sendiri je, orang sekeliling pun dapat marasakan faedahnya.

Masa Untuk Diri Sendiri

Disebabkan korang suka main game, secara tak langsung korang banyak me time. Dapat luang masa dengan diri sendiri. Tak payah me time pergi shopping, minum kopi atau berspa, lepak duduk rumah pun dah seronok. Lagi satu, dapat berjimat! Oh, pasangan korang pun tak risau. Hiks!

 

Hadiah

Hah! Part paling tak payah susah susah nak fikir. Kalau ada member suka main game, hadiah paling sesuai untuk bagi gamers ni semestinya apa apa jenis barang yang berkaitan dengan game. Tapi barang game ni memang mahal sikit. Kalau kurang bajet, korang bagi benda simple macam jajan, air, ubat sakit belakang atau eyemore elak mata jadi kering yelah sebab asyik duduk mengadap game je kan.

 

Banyak Pengetahuan

Main game ni sebenarnya boleh menambah pengetahuan tau. Bukan pasal game yang korang main je tapi benda lain pun sama macam software ke, gajet ke, apa apa yang latest mengenai teknologi mesti korang tahu dulu, kan? Disebabkan korang ni suka explore, so tanya je apa apa mengenai teknologi mesti korang laju je jawab. Best juga jadi gamers ni.

 

Pandai Betulkan Gajet

Power main game, automatik pandai betulkan gajet, software dan apa apa yang melibatkan IT. Kalau rosak benda yang simple, tak payah hantar ke kedai. Suruh je si gamers ni betulkan, mesti okay punya. Diorang pun tahu range harga barang elektronik ni, kualiti pun pasti terjamin.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!