);

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Ada Kakak Dan Adik Perempuan Suka Tapi Benci, Sayang Tapi Menyampah. Ini Keseronokan Jika Mempunyai Kakak Dan Adik Perempuan!

Share

Siapa yang mempunyai abang, kakak, adik perempuan dan adik lelaki? Lengkap! Tapi bagaimana rasa bila ada kakak atau adik perempuan? Lebih seronok jika perbezaan umur tidak begitu ketara, nampak macam BFF saja.

Tapi rasa sayang, benci, menyampah, rindu dan sebagainya pasti menjadikan hubungan lebih rapat. Love-hate relationship membuatkan hubungan adik-beradik tidak dapat dipisahkan. Ibu bapa juga seronok melihat keakraban kalian. Apa yang seronok sangat itu?

Menjaga Ibu Bapa

Jangan salah faham, mempunyai kakak atau adik tidak bermakna anda boleh lepas tangan. Ini adalah tanggungjawab bersama dan wajib menjaga ibu bapa sebaik-baiknya. Anda boleh mengambil giliran dan bersama-sama menjaga ibu bapa nanti. Jalankan tanggungjawab dengan ikhlas, jangan sesekali bergaduh, bermasam muka dan tidak bertegur disebabkan hal kecil seperti ini. Sayangi ibu bapa dan adik-beradik anda.

Sahabat

Mempunyai kakak atau adik seperti anda tidak memerlukan orang lain. Merekalah sahabat, merekalah musuh dan segala-galanya. Walaupun selalu bergaduh dan tidak bersependapat tapi bila masa berbaik macam isi dengan kuku.

Peneman

Bukan sahaja boleh dibawa ke hulur-hilir. Malah duduk sendirian di bilik pun anda boleh ajak kakak atau adik. Jika anda keseorangan di tempat belajar, berjauhan dari keluarga, merekalah yang selalu bertanya khabar dan video call anda. Jika anda di rumah, merekalah yang paling sesuai untuk diajak lepak makan cendol dan cuci mata!

Back Up

Jangan risau kakak atau adik adalah back up besar anda. Cover segala perbuatan anda, begitu juga anda kepada kakak atau adik. Cover selagi mampu, jangan ada plan A sahaja, B sampai Z pun perlu disediakan supaya apa-apa aktiviti anda tidak sampai ke pengetahuan pihak tertentu. Selain itu, jika ada orang tidak berpuas hati dengan salah seorang daripada anda, kakak atau adik yang menjadi heroin dan sama-sama berlawan dengan musuh.

Pertolongan

Keluarga memang perlu saling bantu-membantu. Tapi bila kakak atau adik perlukan pertolongan, anda sanggup menepikan orang lain semata-mata untuk mereka! Menolong adik-beradik lagi penting dari semua perkara. Susah senang bersama. Walaupun anda sedang bergaduh dengan mereka, jika mereka meminta bantuan pasti anda tidak akan tolak.

Rahsia

Tiada rahsia antara anda dengan kakak atau adik. Dari hal teman lelaki sampai peribadi, semua dalam genggaman masing-masing. Jangan sesekali pecah rahsia kepada ibu bapa. Anda pun perlu mengunci mulut. Jangan sampai kantoi!

Berkongsi

Apa yang tidak dikongsi? Semua boleh ambil dan pulang. Tapi ada saja yang ambil tidak dipulangkan semula, jadi harta sendiri. Baju dia, baju anda juga. Rantai dia, rantai anda juga. Seronok! Daripada tidak banyak pilihan baju, jadi banyak baju anda boleh gayakan.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!