Ajari Anak Teknik Dan Cara Pertahankan Diri - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Ajari Anak Teknik Dan Cara Pertahankan Diri

Share

Sebagai perempuan, belajar cara mempertahankan diri atau belajar seni pertahankan diri adalah menjadi salah satu perkara penting. Jika tidak mahu menyertai seni pertahankan diri, sekurang-kurangnya anda tahu cara untuk melepaskan diri daripada diganggu oleh mangsa rogol atau culik.

Kepada kanak-kanak kecil, bantuan ibu bapa untuk menegaskan perkara ini perlu ditingkatkan kerana zaman sekarang penjenayah sering mencari mangsa yang lemah.

Ketahui teknik dan cara mempertahankan diri daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

Jangan Keluar Berseorangan

Sejak kecil anak perempuan lebih diberikan perhatian dari segi keselamatan. Didik anak anda supaya tidak keluar berseorangan walaupun hanya pergi ke kedai yang berdekatan. Tidak kira anak kecil atau remaja, pastikan mereka mempunyai teman semasa keluar.

Minta tolong daripada kawan-kawan, adik-beradik atau lebih selamat anda sebagai ibu bapa pergi menemani mereka. Ingatkan anak-anak supaya tidak berkeliaran di luar rumah terutama pada waktu malam.

Jangan Menggunakan Laluan Gelap Dan Sunyi

Ajari anak anda supaya tidak menggunakan jalan yang gelap dan sunyi.

Jangan ikut jalan pintas untuk segera sampai ke destinasi malah gunakan laluan yang terang, terbuka, jalan yang sibuk dan mempunyai pemantauan CCTV di sekitar kawasan.

Minta Pertolongan

Jika mereka dalam situasi yang cemas dan berpotensi terjadi sesuatu yang bahaya, minta mereka jerit sekuat hati untuk dapatkan perhatian orang awam yang berdekatan untuk selamatkan mereka.

Jika ada peluang untuk melarikan diri, tinggalkan barang dan selamatkan diri terlebih dahulu kemudian dapatkan bantuan segera.

Jangan Percaya

Hal ini sering berlaku kepada kanak-kanak perempuan. Mudah terpedaya dan sering termakan dengan pujukan. Ibu bapa perlu mengajar anak supaya tidak mengikuti orang yang tidak kenal.

Jika anak anda dalam keadaan individu yang tidak dikenali meminta ikut untuk pulang dengan memberikan alasan atau ganjaran yang menarik, pastikan anak anda tidak menurut permintaan dan segara melarikan diri untuk dapatkan bantuan.

Jika individu tersebut tidak melakukan apa-apa tindakkan, dapatkan butiran seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon dan serahkan kepada pihak polis.

Pelajaran Teknik Pertahankan Diri

Terdapat pelbagai jenis seni pertahankan diri untuk dipelajari. Sebelum itu, pelajari teknik asas untuk kegunaan masa hadapan atau waktu kecemasan. Cara yang paling mudah dan cepat. Jika anak anda dalam situasi cengkaman bahaya, ajari mereka cara menendang di bahagian yang sensitif, mengigit dan pukul.

Walaupun tindakan ini seperti biasa tetapi sedikit sebanyak dapat memberi ruang kepada anak anda melarikan diri.

Ambil Berat

Tugas ibu bapa adalah mengambil berat setiap langkah dan aktiviti anak anda. Pastikan mereka selamat sampai di destinasi yang dituju dan bersama orang yang anda percayai.

Hubungi mereka supaya anda dapat mengesan pergerakkan anak-anak. Biarkan seperti mengongkong tetapi jangan sampai anda menyesal di kemudian hari.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!