Amalkan Tomato Beku, Muka Berjerawat Dan Berparut Terus Menjadi “Pinkish” dan Berseri - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Amalkan Tomato Beku, Muka Berjerawat Dan Berparut Terus Menjadi “Pinkish” dan Berseri

Share

Tomato sangat terkenal dengan khasiat semulajadi yang terkandung di dalam isinya. Kajian pakar telah membuktikan bahawa buah tomato bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah ia sangat baik untuk kulit muka.Buah tomato mempunyai vitamin A dan C  yang tinggi dan kandungan dalam setiap vitamin akan bertambah apabila buah tomato tersebut semakin tua atau matang.

Buah tomato juga dapat menyejukkan kulit dan juga menyerap lebihan minyak berlebihan pada wajah. Untuk pengetahuan, minyak merupakan punca kulit akan ada jerawat. Buka itu sahaja, buah tomato mempunyai likopena iaitu antioksidan. Ia sangat berguna untuk melawan radikal bebas akibat asap kenderaan, asap rokok dan bahan berbahaya yang akan masuk ke dalam tubuh badan.

Cuba amalkan tomato beku supaya kulit kekal pinkish dan berseri. Di sini kami sertakan cara- caranya:

Bahan-bahan :

1 Biji Tomato

Cara-cara :

Cuci dan belah tomato kepada dua bahagian dan simpan di dalam peti sejuk. Biarkan semalaman supaya tomato tersebut menjadi sejuk beku. Amalan ini sesuai dibuat pada waktu pagi. Ambil separuh saja dan gosok pada seluruh bahagian kulit muka selama 15 minit kemudian biarkan selama 1 jam. Cuci muka seperti biasa.

Buat setiap hari tetapi jika anda seorang yang busy, anda boleh buat 2 kali seminggu.

Antara kebaikan tomato pada kulit :

  1. Jerawat akan mengecut
  2. Gelap pada bawah mata akan berkurangan
  3. Kulit glowing
  4. Kulit akan menjadi licin dan semakin cerah
  5. Menambahkan seri wajah

 

Jadi apa tunggu lagi ! Kos untuk amalkan amalan ini juga sangat murah dan jimat. Selamat mencuba !                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!