Apa Itu Bipolar? Dan Apakah Kesan Kepada Kita - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Apa Itu Bipolar? Dan Apakah Kesan Kepada Kita

Share

Bipolar adalah gangguan emosi yang ketara atau kemurungan melampau.

Penyakit ini berkaitan dengan gangguan mental yang disebabkan perubahan emosi secara serious.

Dalam Bahsa Melayu Bipolar dikenali sebagai kecelaruan dwikutub.

Kecelaruan emosi yang berlainan daripada kemurungan dan perasaan gembira yang ketara dan tidak stabil oleh pesakit.

Tempoh perubahan perasaan boleh berlaku dalam beberapa jam, hari, minggu atau bulan bergantung kepada tahap kesihatan pesakit.

Secara purata, pesakit bipolar akan mengalami perubahan emosi antara gembira, bahagia dan suka kepada kemurungan dan sedih sehingga mencapai 3 tahun.

Punca

Genetik
Kajian mengatakan bahawa genetik adalah salah satu punca penyakit ini.
Risiko penyakit ini adalah 10 kali ganda kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi bipolar.

Individu yang mempunyai sejarah genetik bipolar tidak mengalaminya sehingga mencapai usia yang tertentu.

Persekitaran
Persekitaran juga mempengaruhi emosi individu.

Sebagai contoh, didera semasa kecil serta tekanan yang berpanjangan antara faktor bipolar.

Selain itu, individu yang mempunyai masalah rumahtangga, bercerai, kematian pasangan atau pergaduhan yang teruk juga berpontensi dengan penyakit ini.

Tekanan
Faktor lain sama ada tekanan daripada bekerja atau kehidupan.

Terlalu memikirkan kerja sehingga tiada waktu rehat atau waktu untuk diri sendiri juga punca bipolar.

Selain daripada tekanan kerja, gaya hidup seharian atau kos kehidupan seperti ketagih minuman keras dan penyalahgunaan ubat-ubatan.

Faktor daripada tekanan menyebabkan pesakit bipolar membunuh diri.

Fasa Mania
Fasa mania adalah perasaan gembira yang melampau dan jika fasa ini tidak keterlaluan, dikenali sebagai ‘hypomania’.

Hypomania merupakan fasa mania yang lebih ringan tetapi masih menjejaskan kehidupan seharian pesakit.

Fasa ini akan berlangsung sekurang-kurangnya empat hari dan ia tidak mempunyai gejala psikosis. Biasanya pesakit tidak perlu dimasukkan ke wad khas.

Fasa Mania mempunyai perasaan gembira yang berterusan dan melampau atau perubahan emosi kepada cepat marah (panas baran) dan peningkatan tenaga yang tidak normal sekurang-kurangnya seminggu.

Terdapat beberapa gelaja lain untuk mendiagnosa fasa mania
1. Lebih banyak bercakap daripada biasa
2. Mengeluarkan idea-idea dan merasakan fikiran bergerak laju
3. Merasakan diri hebat (grandiosity)
4. Cepat terganggu, tidak fokus atau tidak dapat menumpukan perhatian
5. Peningkatan aktiviti yang bermatlamat atau keresahan psikomotor (psychomotor agitation)
6. Kurang tidur atau hanya memerlukan dua hingga tiga jam waktu tidur tetapi masih cergas
7. Melakukan aktiviti yang berisiko dan menyebabkan kesan buruk seperti mengadakan hubungan seksual secara rambang, membeli-belah tanpa kawalan atau membuat pelaburan tanpa berfikir panjang.

Jenis Bipolar

Bipolar I
Sekurang-kurangnya pesakit mengalami fasa mania sama ada terdapat perasaan kemurungan atau tidak.

Jika fasa kemurungan mengatasi fasa mania, pesakit didiagnosa mempunyai kemurungan atau ‘Major Depressive’.

Pesakit boleh mengalami psikosis iaitu berhalusinasi dan delusi.

Bipolar II
Pesakit tidak menghadapi fasa mania tetapi pesakit mengalami fasa hypomania dan fasa kemurungan.

Pesakit akan mengalami ‘Major Depressive’ yang berpanjangan sekurang-kurangnya dua minggu.

Walaupun ramai yang menyatakan bahawa Bipolar II tidak teruk seperti Bipolar I, namun fungsi kehidupan pesakit terjejas teruk sama seperti pesakit Bipolar I.

Rawatan

Mengumpul Data
Doktor atau pakar sakit jiwa akan mengumpul data pesakit dan keluarga. Sama ada penyakit keturunan atau masalah individu.

Jika ahli keluarga mempunyai sejarah penyakit bipolar, doktor akan mengambil maklumat mengenai riwayat kesihatan keluarga dan melakukan ujian darah dan air kencing.

Diagnosis Awal
Pesakit akan diberi rawatan awal untuk mengurangkan perubahan emosi yang mendadak agar pesakit dapat menjalani kehidupan secara normal dan boleh berkomunikasi dengan baik.

Ubat
Penyakit ini boleh dikurangkan dengan diberi ubat penstabil emosi (mood stabilizer) dan antipsikotik.

Tujuan ubat diberi untuk membaiki pola kehidupan pesakit.

Psikoterapi
Selain ubatan, pesakit perlu jalani terapi psikoterapi secara berjadual bagi membantu pesakit.

Jenis psikoterapi yang digunakan seperti terapi kognitif dan tingkah laku.

Rawatan ini dapat membantu pesakit untuk memahami diri sendiri dan pesakit mengenali kemahiran terbaik untuk mengendalikan tekanan yang dihadapi.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!