Apa Nak Buat Bila BFF Anda Merajuk? - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Apa Nak Buat Bila BFF Anda Merajuk?

Share

Anda dan teman rapat atau lebih sesuai dipanggil Bestfriend Forever (BFF) bagaikan isi dengan kuku.

Tapi mesti akan menghadapi masalah seperti perselihan faham dan pergaduhan kecil. Jangan panjangkan pergaduhan dengan benda remeh. Pastinya anda dan teman rapat tidak mampu berjauhan dengan tempoh yang lama.

Pujuk teman rapat dengan menggunakan tips ini pasti teman rapat anda akan rasa dihargai dan gembira.

Kurangkan Ego Dan Minta Maaf

Jika anda telah melakukan sesuatu yang menguris perasaan teman baik anda, cepat-cepat baiki kesilapan anda itu. Jangan biarkan perasaan marah berlarutan sampai bila-bila.

Kawal emosi dan mengalah demi sebuah persahabatan. Cuba berbincang dan luahkan perasaan untuk menyelesaikan masalah. Moga-moga dia memaafkan dan anda boleh melakukan aktiviti bersama seperti biasa.

Masa Dan Bertolak Ansur

Anda dan BFF perlukan masa untuk berfikir dan bertenang. Jangan lari daripada masalah tetapi fikirkan cara untuk mengembalikan persahabatan anda.

Jangan gunakan nada suara yang tinggi kerana akan menyebabkan keadaan menjadi semakin keruh. Bertolak ansur dan mengaku kesilapan masing-masing.

Teman Makan

Kalau anda seorang yang tidak mampu mengungkapkan kata maaf. Apa kata anda cuba ajak teman rapat anda pergi makan dan belanja makan makanan kegemarannya. Jika dia menolak, bawa makanan ke rumahnya dan makan bersama.

Secara tidak langsung dia merasakan anda seorang yang sweet. Pastinya dia akan tersenyum dan gembira bila anda datang membawa buah tangan.

Berbual Seperti Biasa

Mulakan topik perbualan seperti biasa. Telefon atau tinggalkan pesanan ringkas, teman rapat anda pasti akan membalasnya.

Selitkan sedikit lawak throwback anda dan teman rapat yang pernah terjadi semasa anda keluar bersama. Ia akan menjadi bahan berbual.

Jadi Clingy

Nama pun BFF mestilah anda dan teman rapat tidak boleh jika tiada antara satu sama lain. Walaupun tidak setiap hari berjumpa atau lepak, kalian pasti akan menghubungi walaupun hanya melalui sosial media.

Jika BFF anda merajuk, tidak salah anda ajak dia keluar dan anda boleh jadi extra clingy untuk dapatkan perhatiannya. Dengan ini, dia akan rasa annoying dan akan marah semula kepada anda.

Itu namanya gaduh-gaduh manja.

Tags:

You Might also Like

2 Comments

  1. one December 14, 2019

    dh 3tahun gaduh…

    Reply
  2. Majalah Backpackerz December 16, 2019

    Try lah pujuk, bawak pergi outing, buat hobi yang sama-sama suka. Tak elok gaduh lama-lama.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!