Asingkan Tempat Tidur Anak Bila Mencecah Umur 7 Tahun. Ini Petuanya. - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Pilihan Editor

Asingkan Tempat Tidur Anak Bila Mencecah Umur 7 Tahun. Ini Petuanya.

Share

Mungkin ramai yang mengalami masalah untuk pisahkan tempat tidur anak daripada bilik anda dan suami.

Sebaiknya asingkan tempat tidur mereka setelah mencecah umur 7 ke 10 tahun.

Bukan sahaja asing daripada tempat tidur anda, malah tempat tidur bersama adik-beradik yang berlainan jantina.

Tujuan mengasingkan tempat tidur supaya anak lebih menghormati ibu bapa, menjaga adab pergaulan, aurat dan menjaga batas supaya mereka tidak melihat sesuatu yang tidak baik daripada ibu bapa.

Anda boleh mencuba 7 cara ini untuk asingkan tempat tidur anak.

Kelebihan Mempunyai Bilik Sendiri

Beritahu anak anda kelebihan mempunyai bilik sendiri seperti boleh menghias bilik menggunakan idea sendiri, tidak perlu berkongsi bilik bersama anda, mempunyai almari pakaian sendiri dan boleh bermain di dalam bilik.

Anda juga boleh jadikan watak kartunn kegemaran mereka sebagai contoh untuk lebih berdikari dan semangat.

Aktiviti Peribadi

Ajar anak bahawa bilik adalah tempat untuk melakukan aktiviti peribadi seperti menukar pakaian, belajar dan bermain.

Jangan lupa ajar anak solat di bilik sendiri. Jadi, mereka akan lebih selesa.

Persediaan Mental

Untuk persediaan mental anak, anda perlu kerap memberitahunya bahawa dia akan tidur di bilik sendiri. Lebih baik jika tetapkan tarikh seperti, pada tarikh hari jadinya, dia akan mula tidur sendirian.

Jadi, anak anda tidak terkejut dan lebih bersedia dari segi mental.

Teman Sebelum Lena

Ini adalah perkara paling sukar apabila anak mula tidur berasingkan. Kanak-kanak memang takut bersendirian, jadi anda perlu temankan anak di dalam biliknya sebelum mereka lena.

Cukup sekadar teman tidur kemudian anda boleh keluar secara perlahan. Pada permulaan jangan tutup pintu bilik dengan rapat supaya anak boleh panggil atau berlari ke bilik tidur anda jika dia terjaga di tengah malam.

Ajar Jadi Berani

Untuk permulaan, memang anak akan menangis dan mahu tidur bersama anda. Jangan sesekali berikan peluang kepada anak untuk kembali tidur bersama.

Ajar mereka memberanikan diri dan lawan rasa takut lama-kelamaan anak anda menjadi selesa tidur berseorangan.

Puji

Setelah anak bangun dari tidur, berikan kata pujian kerana berjaya tidur berseorangan di bilik. Kata-kata pujian anda adalah pembakar semangat mereka.

Secara tidak langsung, mereka akan lebih berani untuk tidur di biliknya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!