Asyik Kena Game Dengan Lelaki? Sebelum Terkena, Kenali Ciri-Ciri Si Playboy - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Asyik Kena Game Dengan Lelaki? Sebelum Terkena, Kenali Ciri-Ciri Si Playboy

Share

Selalu kena game dengan lelaki playboy? Nama pun playboy, kan? Mestilah sejenis spesis yang tak serious dalam hubungan dan kaki perempuan. Memang betul zaman sekarang susah nak cari pasangan yang betul-betul elok. Sekali seumur hidup anda mesti ada pengalaman berkenalan dengan playboy. Takpe, itu adalah proses pembelajaran hidup.

So, sebelum kena game kali ke berapa tah. Anda perlu tahu ciri-ciri lelaki playboy supaya tak terkena lagi. Buang masa je berkenalan dengan lelaki playboy dan menyakitkan hati. Secara ringkas, kenali sifat lelaki playboy ini.

Boyfriend ‘Segera’

Baru kenal dua tiga minggu, dia mula sweet dan caring pasal anda. Bukan caring biasa tau, tiba-tiba dah macam boyfriend. Keluar dating, layan permintaan anda dan sedaya upaya memenuhi keinginan anda. Bila anda dah mula ‘cair’, anda akan bawa dia berkenalan dengan kawan-kawan dan keluarga. Tapi lelaki tu sikit pun tak pernah kenalkan anda kepada sesiapa.

 

Berahsia

Ha, jangan terlalu open up kepada lelaki jenis ini. Memang mereka mudah selesa dan seronok untuk berbual. Tapi hadkan cerita peribadi kepada dia. Playboy takkan cerita apa-apa mengenai dirinya. Pasal kawan apa tah lagi pasal keluarga. Teliti apa topik dia bualkan, kalau ada sesuatu yang curious, cepat-cepat tinggalkan sebelum anda membuka rahsia kepada dia.

 

Suka Memuji

Playboy sama dengan sweet talker. Walaupun tak berapa kenal anda tapi dia puji macam kenal dah lama! Perempuan suka dipuji, jadi dia pun takkan putus memberi kata-kata manis kepada anda supaya anda cepat percaya. Girls, tolong jangan percaya! Dia tipu je tu.

 

Susah Contact

Kalau keluar dengan dia, handphone selalu ada dekat tangan. Bila berjauhan, nak contact punyalah susah. Call tak jawab, text tak reply. Kena tunggu dua tiga jam baru reply. Call jangan haraplah ye. Satu lagi, handphone dia ibarat nyawa. Dia akan jaga handphone daripada anda nampak. Kadang-kadang wallpaper dia guna pun anda takkan tahu.

 

Media Sosial

Basic berkenalan wajib follow each other. Twitter, Facebook, Instagram atau apa-apa saja. Dah follow tu, apa kata anda jadi detektif sekejap. Tengok siapa dia follow dan siapa following dia. Kalau ramai perempuan, faham-fahamlah sendiri.

 

Tidur Lambat

Ya, bukan semua tidur lambat tu playboy. Sekarang kita fokus kepada playboy. Lelaki playboy ni ramai perempuan dia layan, sebelum tidur dia hantar text ‘goodnight‘ pada beberapa orang perempuan. Jika bernasib baik, ada yang melayan dia akan terus memanjangkan topik. Kalau ada lelaki buaya hantar mesej pada anda pukul dua tiga pagi tanpa tujuan, elok tidur jela daripada membalas mesej dia.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!