Bahaya Tengok Pornografi! Ini Punca Dan Kesan Kalau Banyak Sangat Tengok Bahan Lucah - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Bahaya Tengok Pornografi! Ini Punca Dan Kesan Kalau Banyak Sangat Tengok Bahan Lucah

Share

Menonton pornografi bukan dapat dosa je tapi dapat penyakit juga. Selalunya lelaki yang suka betul dengan video macam ni, perempuan ada juga cuma sekarang kita nak bincangkan kesan jangka panjang kepada lelaki suka video lucah dan memuaskan nafsu sendirian.

Bukan ada faedah pun menonton video-video macam ni. Dahlah susah nak sembuhkan penyakit, kena jumpa doktor sebab penyakit yang berpunca dengan video lucah. Buang segala tabiat buruk anda dan jalani kehidupan seksual secara sihat.

Punca Lelaki Gemar Menonton Pornografi

Untuk Tenang

Menonton pornografi adalah salah satu cara untuk lelaki relax walaupun mereka menjalani hubungan seksual yang baik bersama isteri. Kan dah ada isteri, pandai-pandailah pujuk isteri janganlah menyusahkan diri sendiri.

 

Imaginasi Tinggi

Daya imaginasi lelaki sangat berbeza dengan perempuan. Otak lelaki mudah terangsang dengan visual atau pandangan mata kasar. Ada yang sedang termenung pun boleh berfantasi. Sebab tu mereka lebih suka video porno untuk memudahkan proses otak mereka.

 

Rasa Lebih Selamat

Semua orang tahu seks bebas akan menyebabkan penyakit kelamin. Sesetengah lelaki berfikir dengan menonton video lucah akan terselamat dengan segala penyakit. Tahu tak menonton video lucah pun boleh dapat penyakit tau!

 

Kesan Menonton Pornografi

 

Terasa Diri Keseorangan

Disebabkan banyak menonton video lucah je boleh buat diri sendiri terasa kosong. Ini kerana manusia merembeskan hormon dopamin bila sedang berfantasi masa menonton video lucah. Ia membuatkan seseorang khayal, sunyi dan kosong.

 

Kurang Minat Dengan Seks Sebenar

Kalau terlalu suka menonton video lucah akan menyebabkan seseorang tidak berminat untuk melakukan seks sebenar. Mereka lebih seronok dan puas jika melakukan secara sendirian berbanding dengan pasangan. Golongan ini bahaya kalau kahwin, nanti ada masalah dengan pasangan pula.

 

Mati Pucuk

Masalah mati pucuk dikatakan paling ditakuti oleh kaum lelaki. Sesiapa yang ketagih dan selalu menonton video lucah dan melakukan seksual secara sendirian akan mengalami disfungsi ereksi atau mati pucuk. Kajian mengatakan lebih 70% lelaki memerlukan bantuan klinikal untuk menyelesaikan masalah seksual kerana berpunca daripada ketagihan menonton video lucah. Okay, ini sangat menakutkan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!