Barang Penting Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti Ke Pulau - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Barang Penting Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti Ke Pulau

Share

Untuk bercuti ke pulau yang cantik tidak semestinya anda ke luar negara. Malaysia juga mempunyai pulau-pulau yang setanding dengan luar negara sehingga menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia setiap tahun.

Keseronokan bercuti di pulau adalah dapat merehatkan minda daripada kesibukan kota, menikmati alam semulajadi dan mengenali kehidupan laut. Adakah anda sudah merancang bercuti ke pulau?
Semak senarai barang yang perlu dibawa, jangan beratkan beg anda dengan barang yang tidak perlu.

Beg
Sebelum anda memasukkan barang ke dalam beg, pastikan beg yang dibawa bersesuaian dengan lokasi yang anda ingin pergi. Untuk ke pulau, beg yang sesuai adalah beg sandang atau ‘backpack’.

Untuk ke pulau semestinya anda menaiki feri atau bot, setelah sampai di pulau kebiasaannya akan terus turun atas pasir atau di tepi pantai. Tidak sesuai jika anda membawa bagasi besar beroda untuk mengheret beg anda.

Selitkan beg kalis air di dalam beg sandang untuk mengelakkan telefon bimbit atau kamera basah ketika perjalanan dan membuat aktiviti laut.

Pakaian Dan Selipar
Ye, sememangnya anda bercuti inginkan gambar yang menarik dengan pakaian yang cantik. Bawalah pakaian yang sesuai kerana cuaca di pulau panas. Seeloknya bawa pakaian berasaskan kapas. Selipar juga penting untuk berjalan-jalan sekitar pulau dan melihat matahari terbenam. Jangan lupa juga bawa plastik untuk baju basah selepas anda membuat aktiviti pantai

Barang Mandian
Tidak semua penginapan di pulau menyediakan kelengkapan mandian. Untuk elakkan membeli di pulau dengan harga yang agak mahal, anda dinasihatkan membawa peralatan mandi dari rumah. Bawa keperluan mandi anda dan masukkan ke dalam bag ‘travel kit’.

Krim Pelindung Matahari
Cuaca di pulau memang panas. Anda perlukan krim pelindung matahari atau ‘sunblock’ untuk mengelakkan kulit menggelupas dan ‘sunburn’ yang teruk. Cari krim pelindung matahari yang mengandungi 130 spf untuk ketahanan yang lama.

Ubat Dan Air Minuman
Apabila anda bercuti ke mana sahaja, anda perlu membawa ubat-ubat asas seperti panadol, ubat demam, pelekat luka atau ‘plaster’. Malang tidak berbau, sekiranya anda mengalami luka kecil sekurang-kurangnya ada mempunyai pelekat luka untuk merawat sendiri.

Bawa air minuman anda. Tidak salah anda membeli air minuman di sana tetapi untuk jimat anda boleh bawa sendiri. Bawak beberapa botol mengikut kehendak anda. Ada sesetengah penginapan menyediakan air minuman di kafe.

Wang
Mesin mengeluarkan wang atau ATM memang tiada di tengah pulau. Oleh hal yang demikian, sediakan wang secukupnya sekiranya anda mempunyai kecemasan. Penggunaan kad kredit memang disediakan namun, kemungkinan ada gangguan yang tidak dapat elak, anda mempunyai wang di tangan. Tapi jangan tinggalkan wang merata-rata pula.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!