Bayi Jepun Dengan Rambut Luar Biasa Lebat Kini Menjadi Model Iklan Syampu Pantene Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Bayi Jepun Dengan Rambut Luar Biasa Lebat Kini Menjadi Model Iklan Syampu Pantene

Share

Bayi yang diberi nama Chanco ini telah berjaya memikat hati netizan dengan rambutnya yang lebat sejak lahir.

Dilahirkan pada 23 Disember 2017, doktor telah menemui sesuatu yang luar biasa pada Chanco kerana dia mempunyai ketebalan rambutnya yang setanding dengan orang dewasa sejak dari dalam kandungan.

Kini, Chanco mempunyai jumlah pengikut Instagram menghampiri 400,000 sejak hari pertama foto dia dan rambut hitam bersinarnya dimuat naik oleh ibunya, Mami Kano.

Kisah luar biasa Chanco mendapat perhatian majalah antarabangsa seperti People Magazine, Allure Magazine dan Marie Claire.

Dek kerana keunikan ini, bayi comel dari Kyoto, Jepun ini disunting oleh salah satu jenama produk penjagaan diri sebagai wajah baharu iklan shampoo terkenal antarabangsa iaitu Pantene.

Menerusi kempen #HairWeGo, duta cilik Pantene ini turut bergandingan bersama personaliti TV Jepun berusia 50 tahun, Sato Kado yang terkenal dengan rambut ‘beruban’ yang elegen.

Bayi comel ini juga terlibat dalam salah satu filem pendek di bawah Pantene yang bertajuk ‘The Hairy Tale’ yang membawa mesej kepada orang ramai bahawa ‘it’s okay to be different’.

Menerusi Pantene, Chanco merupakan ikon paling muda sebaris bersama Selena Gomez, Priyanka Copra, Ronda Rousey dan Maya Karin yang menjadi model dan ikon global bagi produk penjagaan rambut tersebut.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!