Belajar Kombinasi Warna Untuk Bergaya Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Belajar Kombinasi Warna Untuk Bergaya

Share

Warna-warna ‘natural’ seperti hitam, coklat dan putih sering menjadi pilihan kerana mudah dikenakan dengan warna lain.

Apa kata anda keluar dari zon selesa dengan mencuba warna yang berbeza. Sekali-sekala cuba warna merah, ungu, hijau dan sebagainya.

Tapi awas, jangan sampai anda jadi bahan gurauan dengan penampilan baru anda.

Mari belajar cara-cara kombinasi warna yang sesuai untuk memulakan hari baru.

Roda Warna
Masa di sekolah dahulu, anda sudah belajar roda warna.


Warna primer iaitu merah, biru dan kuning. Warna sekunder terdiri daripada campuran warna primer menjadi ungu, hijau, oren.


Akhir sekali warna tertiari yang mempunyai campuran warna primer dengan sekunder.

Sebelum mengenakan warna pakaian, pelajari gabungan warna yang sesuai. Jangan takut untuk mencuba, gabungan warna yang serasi akan menyerlahkan lagi gaya feminin moden.

Warna 90 Darjah
Lihat roda warna, warna yang sesuai akan membentuk 90 darjah.

Maksudnya, warna yang dipilih sesuai dengan warna yang di dalam kumpulan 90 darjah daripada warna pilihan anda.

Contohnya warna biru dan kuning atau biru dan ‘violet’.

Jika anda tidak yakin mengenakan warna yang terang,‘perlahankan’ warna dengan menggantikan kepada warna lembut.

Kombinasi ini tidak semestinya untuk kasut atau beg sahaja, malah boleh dikenakan dengan shawl atau baju.

Warna Bertentangan
Pilihan warna bertentangan khas untuk wanita yang berani dan ceria.

Kombinasi warna ini membuatkan penampilan yang sangat berbeza dari sebelumnya.

Gandingkan pilihan warna anda dengan warna yang bertentangan.

Contoh warna ialah hijau dengan merah atau kuning dengan ungu.

Warna Bentuk T
Memilih 3 warna yang berbeza boleh digabungkan dengan kumpulan warna berbentuk T. Contohnya biru-hijau, ‘violet’ dan merah-oren.

Kombinasi warna-warna ini dikenakan dengan tudung, gelang atau beg.

Warna Bentuk X
Beranikah anda mengenakan 4 tona warna dalam satu masa? Jika anda mahu cuba sesuatu yang ‘extreme’ pilih warna yang menggabungkan 4 warna dalam kategori X.

Contoh kuning-hijau digandingkan dengan merah-ungu bersama biru.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!