Bercuti Perlu Cantik, Ini Tips Membawa Alat Solek Semasa Bercuti! - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Bercuti Perlu Cantik, Ini Tips Membawa Alat Solek Semasa Bercuti!

Share

Bercuti perlulah cantik juga. Jadi, sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum bercuti anda sudah mula mengemas pakaian, sediakan barangan yang diperlukan, alat mandian dan paling penting alat solek! Susah betul jadi perempuan, bila bercuti banyak barang yang perlu dibawa.

Selain daripada bawa baju untuk bergambar, make up atau barang penjagaan kulit adalah antara barang terpenting. Macam-macam yang perlu dibawa dari berus make up sampailah palet pembayang mata. Jadi, anda perlu hadkan barang dan susun dengan kemas.

Beg

Sediakan beg kecil untuk setiap keperluan. Lebih elok jika beg yang digunakan adalah material plastik dan lut sinar untuk memudahkan anda tahu kandungan isi beg. Asingkan barang mengikut kategori dalam setiap beg seperti produk kecantikan kebanyakan cecair, jadi potensi untuk tumpah atau bocor sangat besar. Untuk langkah berjaga-jaga asingkan produk kecantikan seperti foundation, concealer, lipstik dan sebagainya dalam satu beg. Alat solek lain seperti maskara, pemerah pipi, bedak dan lain-lain boleh letakkan bersama dalam satu beg.

Saiz

Bawa alat make up, produk kecantikan dan barang mandian yang bersaiz kecil. Jika tiada dijual dalam saiz kecil, rajinkan diri anda untuk pindahkan dalam botol plastik kecil. Beli botol yang sesuai untuk dibawa di dalam beg. Pastikan penutup yang kuat dan tidak mudah meleleh atau tumpah.

Botol Kaca

Seeloknya botol kaca tidak perlu dibawa, pindahkan ke dalam botol plastik. Ia lebih selamat dan tiada risiko untuk pecah. Jika anda memerlukan botol kaca, balut botol dengan kain elok-elok atau selang-selikan bersama produk yang menggunakan botol plastik, jika berlanggar tidaklah pecah.

Berus Solek

Sebenarnya menjaga bulu berus sangat susah. Sebelum anda memasukkan ke dalam beg kecil, pastikan anda balut bulu berus dengan jaring supaya bulu berus tidak kembang atau rosak. Selain itu, ia juga menjaga kebersihan bulu tersebut. Letakkan dalam beg kecil bersama berus lain.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!