Bergaya Ala Model, Inspirasi Outfit Plus Size Yang Meletop Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Bergaya Ala Model, Inspirasi Outfit Plus Size Yang Meletop

Share

Memiliki badan plus size tak bermakna korang tak boleh bergaya dan mengikuti fesyen terkini. Sekarang pun dah mudah untuk membeli baju ikut size badan korang. Tak ada alasan dah cuma kena ada keyakinan dan sayang pada diri sendiri. Jangan dengar cakap orang sekeliling!

Nikmati hidup korang seperti manusia lain. Badan plus size pun boleh berfesyen macam model. Mulai hari ini, ubah gaya penampilan korang dari biasa kepada luar biasa!

Putih

Jangan sesekali hadkan gaya korang walaupun badan korang tak slim. Sebenarnya plus size sangat cantik dan seksi. Dress, seluar atau baju berwarna putih gaya yang effortless tapi nampak menawan.

 

Loose Pants

Nak relax dan sempoi pakai loose pants. Selesa dan tak panas. Padankan dengan cropped shirt. Korang tetap selesa pada masa yang sama nampak style.

Corset Belt

Untuk fesyen yang classic, korang boleh try pakai corset belt. Pakai baju, dress atau kemeja yang besar dan kenakan dengan corset belt. Pasti nampak kelainan. Cubalah!

 

Bodycon Dress

Bangga dengan aset yang korang ada. Jangan sorok! Dress bodycon sesuai dengan badan yang chubby dan padat. Kalau pandai pilih, nampak lebih cantik berbanding orang kurus yang pakai. Pilihan warna memainkan peranan yang sangat penting.

 

Jaket

Tidak yakin dengan lengan masa pakai baju sleeveless? Untuk mengaburi pandangan orang ramai, pakai jaket yang sesuai. Pakai dress dengan bomber jacket tambah pula pakai heels. Confirm seksi gila!

 

Pencil Mini Skirt

Plus size pun boleh pakai pencil mini skirt tapi cuba cari yang corak garisan vertikal. Ia memberi kesan slim dan panjang. Jangan berfikir sangat, pakai je. Tak salah mencuba untuk nampak trendy.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!