Bersedialah Mengalami 10 Tanda Menopause Dengan Tenang Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Bersedialah Mengalami 10 Tanda Menopause Dengan Tenang

Share

Selepas wanita mengalami haid setiap bulan, sampai waktunya akan mengalami fasa menopause pula. Menopause ialah pengakhiran kitaran haid bulanan seorang wanita. Walaupun fasa menopause tidak mempunyai usia yang tepat tetapi ia sering berlaku pada wanita berusia 45 ke atas. Bukan mudah melalui fasa perimenopause, pelbagai perasaan yang anda akan alami.

Anda perlu bersedia dan menjadi lebih matang untuk mengawal simptom-simptom ini. Apabila berlakunya perimenopause, pastikan anda berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat dari segi tahap kesihatan.

Mood

Mood yang tidak menentu bukan sahaja berlaku kepada wanita yang akan mengalami haid sahaja, tetapi yang menghampiri proses menopause juga akan mengalami perkara yang sama. Secara automatik, apabila hormon tidak stabil, mood seharian anda juga tidak menentu. Emosi tidak stabil dan kesukaran untuk tidur akan menjadi punca wanita kurang fokus dan mudah lupa sesuatu perkara.

Panas

Cepat panas atau hot flashes adalah badan akan terasa panas dan perpeluh-peluh tanpa sebab. Apabila estrogen menurun, suhu badan juga akan terjejas. Hot flashes bukan berlaku setiap masa, anda akan terasa panas beberapa saat, setengah jam atau lebih lama. Untuk keselesaan anda, pakai pakaian yang menyerap peluh dan material yang tidak panas. Banyakan minum air masak.

Bau Badan

Disebab anda sering panas dan berpeluh, badan anda akan mula berbau. Kadar estrogen yang menurun akan mempengaruhi kelenjar hypothalamus yang menghasilkan peluh sehingga sukar untuk mengawal bau badan.

Jantung Laju

Jika anda pernah mengalami risau tanpa sebab sehingga berdebar anda perlu bertenang dan tarik nafas seperti biasa. Kajian mengatakan epinephrine dan norepinephrine yang akan meregulasikan kadar degupan jantung dan tekanan darah yang sering berubah-ubah. Sekiranya orang terdekat anda mengalami gejala ini, anda perlu mendengar keresahannya dan memberikan sokongan moral.

Pertumbuhan Bulu Yang Ketara

Anda bukan jenis individu yang mempunyai bulu pada muka. Tetapi sejak kebelakangan ini, ‘misai’ dan ‘janggut’ semakin ketara. Walaupun bulu nipis tumbuh pada muka, tetapi rambut kepala anda semakin tidak kuat dan gugur kerana kulit kepada anda semakin kering dan rapuh.

Buang Air

Anda akan mengalami kesukaran untuk mengawal pundi kencing. Anda akan kerap ke tandas kerana lapisan dinding uretra dalam sistem urinari semakin menipis. Otot pelvik juga semakin lemah menyebabkan air kencing anda tidak dapat mengawal walaupun dalam pergerakan mudah seperti melompat, batuk atau bersin.

Sakit Payudara

Sakit payudara bukan sahaja dialami oleh wanita yang bakal kedatangan haid atau ovulasi tapi ketika menghampiri menopause juga anda akan merasakan payudara tegang dan sensitif. Jika anda mengalami haid, anda boleh tahu tarikh dan masa yang akan tiba. tetapi untuk menopause, anda tidak dapat menjangka waktu sakit yang akan anda rasakan. Ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Migrain

Anda bukan seorang yang mempunyai migrain, saat menghampiri menopause anda akan mula kerap sakit kepala kerana perubahan hormon yang tidak menentu. Tetapi jika anda memang sudah menghidapi magrain, mungkin kesakitan kepala akan bertambah. Walaubagaimanapun, apabila menopause anda sudah tiba dan badan mulai stabil, masalah sakit kepala akan hilang. Ini disebabkan tahap hormon yang semakin baik dan tidak meningkat secara mendadak.

Tulang Rapuh

Kerapuhan tulang berkaitan dengan ovari yang tidak menghasilkan estrogen. Anda perlu berhati-hati pada saat ini. Sakit sendi juga akan kerap berlaku. Menurut kajian, wanita lebih ramai mengalami osteoporosis berbanding lelaki. Sebelum masalah tulang berlaku, pastikan anda menjalani kehidupan yang sihat dan makan makanan yang membantu hindari penyakit ini.

Kulit Kering

Berlakunya menopause adalah reverse puberty iaitu masalah ketika remaja akan berlaku semula. Sebagai contoh, tumbuh jerawat, kulit kering, alergi dan eczema. Sesetengah orang masalah ini akan memberi kesan kepada mata dan vagina yang menyebabkan nafsu seksual semakin menurun.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!