Bersihkan Sofa Untuk Kekalkan Kualiti, Ini Cara Mudah Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Bersihkan Sofa Untuk Kekalkan Kualiti, Ini Cara Mudah

Share

Setiap rumah boleh dikatakan mempunyai sofa. Tidak kira material jenis kulit atau fabrik, pelbagai saiz, warna dan reka bentuk. Yang sering menjadi masalah apabila sofa kotor dengan debu, melekat bulu haiwan peliharaan, yang mempunyai anak kecil pula penuh dengan sisa makanan dan minuman.

Berapa kerap anda mencuci sofa? Setidak-tidaknya pada musim perayaan. Untuk kekalkan kualiti dan ketahanan sofa, pastikan anda membersihkan sofa dengan betul.

Sofa Jenis Kulit

Bersihkan

Langkah pertama adalah bersihkan segala habuk, debu dan sisa makanan yang melekat pada sofa. Utamakan bahagian yang tersorok, tertutup dan celah-celah sofa. Gunakan vakum atau penyapu kecil untuk membersihkan kotoran. Jika anda gunakan vakum, gunakan penyedut paling nipis dan kecil untuk memudahkan vakum menyedut segala habuk.

Kain Lembap

Jangan basahkan sofa kulit! Sebaliknya gunakan kain lembap atau tisu lembap untuk bersihkan debu halus pada permukaan sofa. Satu lagi tips adalah jangan sesekali keringkan sofa kulit menggunakan hair dryer atau jemur di bawah matahari. Suhu panas menyebabkan material kulit akan merekah dan cepat rosak kerana hilang kelembapan pada material tersebut.

Cuka Dan Air

Untuk material kulit, ia juga boleh dibersihkan menggunakan campuran cuka dengan air. Semburkan larutan tersebut dan lap dengan perlahan supaya cecair tidak meyerap pada permukaan.

Pembersih Khas

Gunakan cecair khas untuk material kulit. Pelbagai jenis pembersih yang ada seperti cecair, losyen atau gel. Guna mengikut kesesuaian dan kemudahan untuk mencuci. Lap sofa kulit menggunakan span atau kain jenis mikrofiber. Elakkan menggunakan kain berwarna ia boleh melunturkan warna kain dan melekat pada permukaan sofa.

Pelembap

Sebenarnya, segala barangan kulit seperti beg tangan, kasut, jaket atau perabot kulit memerlukan pelembap untuk mengekalkan kualiti material supaya tidak mudah rosak dan pecah. Selain itu kelembapan membantu mengembalikan aroma material dan meningkatkan ketahanan perabot. Untuk keringkan sofa, gunakan angin biasa seperti kipas atau buka tingkap untuk mempercepatkan proses.

Sofa Kain

Bersihkan

Sebelum meneruskan proses mencuci, bersihkan kotoran pada sofa. Sofa jenis kain agak rumit kerana kain mudah menyerap cecair dan memerangkap habuk. Gunakan vakum atau penyapu kecil supaya habuk betul-betul hilang pada sofa.

Cuci

Selepas dibersihkan, cuci permukaan menggunakan berus lembut, kain basah, kain mikrofiber untuk mengelap dan menggosok kotoran yang tidak mudah ditanggalkan. Lembapkan permukaan sofa, jangan basahkan kerana ia sukar dikeringkan.

Bahan Pencuci

Ada beberapa bahan yang sesuai digunakan untuk mencuci permukaan sofa material kain.

Sabun

Bersihkan permukaan sofa menggunakan campuran sabun dengan air panas. Tekap pada permukaan yang kotor dan gosok dengan perlahan sehingga kotoran hilang.

Cuka

Gunakan cuka dengan cara titiskan cuka pada kotoran dan biarkan beberapa saat supaya kotoran mudah dibersihkan. Gosok menggunakan kain dengan air sabun. Campurkan sabun dengan sedikit air panas.

Tisu Basah

Kesan tumpahan cecair seperti minuman sukar ditanggalkan. Gunakan tisu basah lebih mudah untuk tanggalkan kesan cecair. Selain itu, permukaan sofa juga tidak rosak dan warna tidak akan luntur. Selepas itu, tekap gunakan kain kering untuk cecair meresap.

Keringkan

Untuk sofa kain, anda boleh keringkan permukaan sofa menggunakan hair dryer dengan tempoh masa yang sekejap. Selepas itu, buka tingkap untuk didedahkan kepada udara.

Vakum

Selepas sofa kering, gunakan vakum untuk pembersihan akhir. Bersihkan pada setiap sudut yang tersorok.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!