Betul Ke Lelaki Suka Perempuan Pandai Masak? Kenapa? - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Betul Ke Lelaki Suka Perempuan Pandai Masak? Kenapa?

Share

Perempuan bila nak kahwin je, benda pertama ditanya ‘pandai masak ke?’. Kenapa? Kalau tak pandai masak tak boleh kahwin ke? Wajib pandai masak dulu baru boleh kahwin? Memang tidak, tiada siapa cakap wajib pandai masak baru boleh kahwin. Tapi si suami tak merasalah ‘air tangan’ isteri.

Walaupun si lelaki cakap ‘tak kisah’ tapi sebagai perempuan sikit sikit pun wajib pandai turun dapur. Lelaki pun sebenarnya suka makan masakan isteri. Kalau yang baru nak belajar, lagi nampak sweet dengan effort yang A tu. Kalau dah pandai, kira bonus. Bosan juga setiap hari order je, tak special. Orang kata nak pikat hati suami kena pikat perut dia dulu. Hiks!

Makanan Kegemaran

Lelaki ni kalau ada dish favourite, dia jadi tak keruan. Mesti makan punya! Lagi-lagi kalau isteri yang masak. Yang baru kahwin tu, perhati suami suka makan apa, tak pun tanya mak dia. Cuba belajar, hidangkan dan suruh suami rasa. First timer takpe tak sedap pun, boleh improve lagi.

 

Cuba Resepi 

Dah boring hidang lauk melayu je. Cuba pula resepi baru. Western sikit. Jadi kreatif dan produktif, suami pun tak jemu dengan masakan anda. Anda semangat cuba resepi baru, dia pun semangat nak makan.

 

Masak Makanan Yang Susah Dapat

Kadang-kadang lelaki ni mudah. Apa dia rasa nak makan, dia minta. Apa yang dia nampak, dia suruh masak. Contohnya tekak suami anda nak makan Italian food. Nak ke kedai mahal, jadi anda kena keluarkan skill yang ada untuk memenuhi kehendak dia. Apa salahnya, anda pun boleh belajar benda baru.

 

Ganti Peranan Ibu

Tipunya kalau tak suka masakan ibu. Bertuah lelaki yang dapat isteri pandai memasak, memang tak perlu risau makan minum seperti masa ibunya menjaga dari kecil. Tenaga seorang ibu tak macam dulu, dia juga berharap si isteri mampu menjaga dia. Tapi pastikan si suami pun jaga isteri seperti keluarganya jaga.

 

Memberi Kepuasan

Dah pandai masak, mestilah sayang lebih. Anda pun rasa dihargai bila makanan yang dihidang selalu habis. Bayangkan keluarga anda kenyang dengan makanan masakan anda. Nak pula keluarga mertua puji-puji. OMG! Rasa nak berguling!

 

Jaga Kesihatan

Bila masak sendiri, kesihatan keluarga terjamin. Boleh kawal masin, manis, minyak dan bahan pengawet. Kalau yang jenis mengamalkan pemakanan yang sihat juga tiada masalah. Siapkan saja jadual makan, pasti kesihatan terjaga. 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!