Betul Ke Perempuan Lebih Enjoy Tiada Pasangan? Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Betul Ke Perempuan Lebih Enjoy Tiada Pasangan?

Share

Jangan tanya kenapa perempuan single nampak happy dan tiada masalah. Masalah tetap ada dan tetap perlu diselesaikan tetapi tiada masalah yang melibatkan orang lain. Semua masalah yang datang hanya berkaitan dengan diri sendiri. Tapi tidak bermakna yang single tidak mempunyai perasaan untuk berpasangan, cuma mungkin belum masa yang sesuai.

Kepada yang masih solo, jangan pula sentiasa merendah diri dan rasa terpinggir bila semua orang dating dan sibuk dengan keluarga. Hey! Ceriakan hari-hari anda yang masih tiada pasangan dengan melakukan perkara yang orang sudah berpasangan tidak boleh buat.

Tidur

Ini adalah perkara yang menjadi idaman setiap wanita lebih-lebih lagi yang sudah berumah tangga terutama yang mempunyai anak kecil. Mereka terpaksa tidur lewat dan bangun awal. Yang single, balik lewat malam dan bangun lambat pun tiada yang bising. Lagi paling best anda boleh bergolek atas katil tanpa perlu share dengan orang lain.

Shopping

Dapat gaji, settle semua bil, segala komitmen dan simpanan terlebih dahulu selebihnya anda boleh shopping! Wanita single langsung tidak memikirkan tanggungjawab lain selain memenuhi kehendak diri sendiri. Yang sudah berpunya mungkin perlu berfikir hadiah hari jadi pasangan, ulang tahun perkahwinan, barang keperluan anak-anak dan sebagainya. Jadi, jangan bersedih jika anda single pergilah shopping!

Sentiasa Bersama Keluarga

Selalu dengar pasangan yang berkahwin ada masalah nak balik raya belah suami atau isteri. Sampai boleh bawa bermasam muka! Tapi yang single? Confirm balik raya rumah mak ayah sendiri. Tiada masalah dan tiada bermasam muka. Walaupun perjalanan pulang ke kampung dalam keadaan sendu kerana drive seorang diri tapi hati tetap rasa tidak sabar untuk bertemu keluarga yang sedang menunggu di kampung.

Masa Untuk Diri Sendiri

Anda banyak masa untuk me time. Pergi gym, pergi memanjakan diri di spa, menikmati coffee kegemaran dan berjumpa dengan kawan-kawan. Bayangkan jika anda sudah berkahwin, mungkin nak menikmati minuman kegemaran pun tiada masa. Jadi, hargai saat anda masih single dan gunakan masa ini untuk mengenali ramai orang supaya anda boleh memilih mana calon yang sesuai untuk dijadikan pasangan.

Cuba Benda Baru

Kenali diri anda dengan lebih dekat. Cuba sesuatu yang baru, mungkin anda lebih tahu keupayaan dan kelebihan diri sendiri. Jika anda bosan dengan kehidupan yang sama, ubah jadual hidup anda. Mungkin anda boleh berpindah rumah, berhijrah ke negeri lain atau mencari hobi yang lebih ekstreme. Jika anda sudah mempunyai pasangan, anda perlu memikirkan perasaan dan memerlukan persetujuan mereka.

Melancong

Kumpul duit dan pergi melancong. Anda sendiri boleh tetapkan ke mana arah tuju yang anda suka. Zaman sekarang sudah ramai wanita travel solo, jadi anda juga perlu mencuba at least sekali dalam hidup. Yang penting, pandai jaga diri ok?

Aktiviti Tidak Dirancang

Anda boleh pergi ke mana sahaja anda suka dan melakukan aktiviti kegemaran tanpa perlu meminta izin atau berbincang dengan sesiapa. Kepada yang ada pasangan perlu merancang lebih awal untuk lebih teratur. Tempat penginapan, tempat makan, aktiviti dan sebagainya. Kalau anda single, anda hanya perlu memikirkan kehendak dan keperluan sendiri. Tidur dalam kereta pun takpe!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!