Bila Lelaki Merajuk, Ini 5 Cara Memujuk Mereka - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Pilihan Bae & Beauty

Bila Lelaki Merajuk, Ini 5 Cara Memujuk Mereka

Share

Tidak kira anda pasangan kekasih atau sudah mendirikan rumahtangga, mesti ada berlaku drama merajuk.

Kadang-kadang bukan lelaki sahaja menjadi punca, perempuan juga membuat kesilapan. Begitu juga sifat sensitif dan mudah terasa, bukan perempuan sahaja layak merajuk, lelaki juga ada hati untuk dijaga.

Jangan biarkan sahaja jika lelaki merajuk, buatlah sesuatu untuk meredakan keadaan.

Lelaki tidak menunjukkan marahnya, sifat macho dan ego mereka membuatkan perempuan tidak perasan dan tidak memujuk pasangan.

Mari lihat senarai cara memujuk lelaki merajuk.

Punca Dan Masa

Perkara paling penting tahu punca merajuk. Ia memudahkan anda untuk mengaku kesilapan. Jangan sesekali menuduh yang bukan-bukan atau mencabar kesabaran lelaki. Padah nanti.

Tetapi jika anda tidak perasan kesalahan anda, lebih elok anda berterus-terang tanya apakah yang anda sudah lakukan. Selain itu, berikan lelaki sedikit masa dan ruang untuk bertenang.

Tidak perlu ‘spam’ telefon dan mendesak mereka untuk menyelesaikan masalah. Takut nanti lelaki terus tawar hati.

Buat Sesuatu Yang Istimewa

Apa yang paling istimewa daripada perempuan kepada lelaki? Mestilah masakan anda! Masakan sesuatu yang istimewa atau makanan kegemarannya.

Orang kata untuk ‘mencairkan’ pasangan, perlu memikat perutnya terlebih dahulu. Tips tambahan, selitkan nota maaf dan kata-kata yang membuatkan mereka tersenyum.

Santai

JIka anda terlalu mendesak, lelaki menjadi rimas. Gunakan teknik santai dan bersahaja. Lelaki mudah lembut hati dengan perempuan yang mengeluarkan kata yang lemah-lembut dan sopan.

Komunikasi dan susunan ayat akan membuatkan lelaki mendengar penjelasan. Ajak mereka berbual dan berbincang mengenai masalah yang dihadapi.

Tetapi jangan terlalu serious, cuba dekati lelaki dengan sedikit jenaka ringan dalam masa yang sama masih menjaga hati dan ego mereka.

Lakukan Aktiviti Kegemaran

Jika anda mempunyai masa lapang, ajak pasangan anda melakukan aktiviti yang digemari.

Mungkin anda boleh berbasikal di waktu petang sambil berbual, mendaki bukit untuk melepaskan tekanan yang dihadapi atau mengajak mereka keluar bersama teman atau ahli keluarga mereka.

Selain anda dapat memujuk pasangan, hubungan antara anda dan kenalan pasangan juga menjadi rapat.

Ugutan

Sudah penat berusaha dengan membuat semua perkara, jangan putus asa. Mungkin anda boleh menggunakan teknik ‘reverse psikologi’ untuk mendapatkan perhatian si dia pula.

Merajuk manja membuatkan lelaki kembali memberi perhatian kepada anda. Dengan cara tidak langsung, perkara yang dirajuk dapat diselesaikan. Yang penting anda juga perlu berusaha memujuk jika pasangan merajuk.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!