Bra Cantik Tapi Cuci Pakai Mesin Basuh. 5 Langkah Penjagaan Bra Dengan Betul Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Bra Cantik Tapi Cuci Pakai Mesin Basuh. 5 Langkah Penjagaan Bra Dengan Betul

Share

Bra, baju dalam, coli semua benda yang sama. Boleh dikatakan setiap perempuan seluruh dunia pakai bra. Bra adalah pakaian yang sensitif sebab ia melindungi bahagian badan yang sensitif juga! Bra memerlukan penjagaan khas.

Bukan ikut suka hati cuci bra guna mesin basuh. Ke masih ramai perempuan cuci guna mesin basuh? Kakak kakak, nak basuh bra tak payah pakai mesin basuh ye, basuh je pakai tangan. Bukan susah sangat pun. Bra pun akan tahan lama, tak mudah rosak, struktur pun kekal cantik. Mulai sekarang, jangan basuh guna mesin basuh. Ikut cara basuh bra dengan betul.

Cuci Dengan Tangan

Ini paling utama. Berhenti cuci bra guna mesin basuh. Cara cuci bra dengan betul, isi air suam dalam baldi. Masukkan pencuci basuh baju atau pencuci yang sesuai untuk pakaian dalaman, rendam bra korang. Tak perlu berus dan sental pun. Lepas rendam, jemur sampai betul betul kering.

 

Jangan Perah

Selepas rendam bra, jangan perah untuk keringkan air rendaman. Jemur pula korang kena gantung pada bahagian tengah bra. Jangan guna penyepit baju dan sepit pada tali bra nanti lama kelamaan tali akan longgar.

 

Jangan Cuci Setiap Hari

Kecuali sport bra sebab dah bersenam, berlari mestilah berpeluh, kan? Yang ni wajib cuci selepas digunakan. Tapi kalau bra bukan untuk aktiviti lasak, korang boleh basuh selepas dua tiga kali penggunaan. Kalau selalu sangat basuh boleh merosakkan material sokongan dan struktur bra tu.

 

Pakai Bra Berlainan

Selain skincare, bra pun kena banyak tau! Jangan pakai bra favourite je. Untuk memastikan bra tahan lama, pakai bra bergilir-gilir atau tukar-tukar.

 

Simpan Bra

Bra tak boleh dilipat. Untuk memudahkan dan kemas, susun bra mengikut cup. Bra macam macam jenis, jadi susun ikut jenis. Ia boleh membantu mengekalkan bentuk cup dan besi bra.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!