Cara Bagi Bayi Mengenali Makanan Pejal - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Cara Bagi Bayi Mengenali Makanan Pejal

Share

Usia minimum untuk memberi bayi makanan pejal adalah 6 bulan ke atas kerana ketika ini perut bayi sudah boleh menerima makanan pejal.

Maksud makanan pejal di sini adalah tekstur makanan halus yang dilenyek atau dikisar.

Lebih dikenai sebagai ‘puree’.

Jangan berikan makanan yang keras atau sukar dihadam oleh perut bayi kerana boleh menyebabkan usus tersumbat dan bahan makanan tidak dapat diproses.

Tentu ibu-ibu teruja menyiapkan makanan pertama untuk bayi anda. Tapi ingat jangan ikut selera anda sahaja, ikuti cara memberi makanan kepada anak kecil dengan betul.

Sabar
Sememangnya menyediakan makanan pejal bayi adalah perkara yang rumit tetapi lebih merumitkan apabila memberi makan kepada bayi.

Setelah anda bertungkus-lumus menyiapkan makanan, mungkin bayi akan menolak makanan yang diberi.

Sifat sabar wajib ada di dalam diri setiap ibu bapa terutama kepada yang tiada pengalaman.
Jangan putus asa. Ini juga proses pembelajaran kepada anda. Cuba beri makan perlahan-lahan dan sediakan makanan yang menarik perhatian bayi.

Rasa Kosong
Untuk pengenalan, berikan anak anda makanan yang tidak berperisa atau ‘plain’.

Apabila anda sediakan bubur ‘puree’, jangan tambahkan bahan perisa lain.

Biarkan perut bayi anda dapat menerima makanan pejal untuk pertama kalinya.

Jika anda sudah memberi makanan berperisa, kemungkinan bayi akan menolak makan makanan seperti bubur nasi.

Anda perlu mencari sumber karbohidrat yang lain sebagai ganti nasi kosong.

Bahan Perisa Semulajadi
Jangan sesekali anda campurkan bahan perisa seperti garam, gula dan bahan perisa tambahan.

Gunakan bahan perisa semulajadi untuk menggantikan rasa makanan tersebut.

Sebagai contoh gunakan ikan bilis hancur untuk mendapatkan rasa masin, sayur dan buah-buahan untuk rasa manis dan masam.

Kuantiti
Ingat ya perut bayi tidak sama seperti perut anda.

Jangan berikan bayi makan dalam kuantiti yang banyak kerana perut mereka tidak bersedia menerima makanan yang terlalu banyak.

Bagi sedikit demi sedikit tapi banyak kali.

Untuk permulaan, berikan 1 hingga 2 kali sehari, anda boleh tingkatkan kepada 2 hingga 4 kali sehari bergantung kepada keperluan bayi.

Jadual Pemakanan
Pastikan anda memberi makan kepada bayi pada masa yang sama kerana mudah untuk anda mengenalpasti waktu bayi akan lapar.

Anda boleh menyediakan makanan lebih awal dan berikan makan tepat pada waktunya.

Alahan
Anda perlu tahu makanan kegemaran atau makanan yang memberi kesan kepada bayi.

Berikan makanan yang sama dalam masa 3 ke 4 hari untuk memastikan jika bayi mempunyai alahan terhadap sesuatu makanan.

Ini adalah sesi mencuba tetapi hati-hati ya jangan sampai memudaratkan.

Selang-Seli
Apabila anak anda sudah boleh makan bubur nasi, pastikan anda berikan juga buah-buahan untuk membantu proses perkumuhan.

Sebagai contoh berikan betik hancur untuk melawaskan perut bayi.

Jadi bayi anda tidak mengalami kesukaran untuk membuang air.

Posisi
Ketika memberi makan, pastikan posisi bayi anda selesa.

Anda boleh baringkan atau sandarkan bayi.

Jika anak anda baru mula belajar untuk duduk, sandarkan bayi di tempat yang sesuai.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!