Cara Dapatkan Tumit Lembut Seperti Bayi, Gunakan Tips Ini Untuk Hilangkan Rekahan Pada Tumit - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Cara Dapatkan Tumit Lembut Seperti Bayi, Gunakan Tips Ini Untuk Hilangkan Rekahan Pada Tumit

Share

Sangat tidak selesa bila tumit kaki mula merekah dan kering. Masalah ini bukan berlaku kepada golongan yang berumur sahaja, malah semua orang boleh mengalami masalah yang sama. Tumit merekah membuatkan tidak selesa dan tumit tidak cantik. Pada permulaan merekah sedikit, jika dibiarkan ia rekahan boleh menjadi hitam.

Masalah tumit merekah atau kering jangan dipandang ringan, lama-kelamaan akan menjadi semakin teruk dan tidak selesa apabila dipandang. Pastikan tumit anda sentiasa bersih dan licin. Ia juga melambangkan kebersihan diri. Ada cara yang mudah untuk merawat masalah tumit merekah ini.

Pisang

Selain enak untuk dimakan. Ia juga membantu untuk menipiskan rekahan tumit. Cara yang mudah dan bahan yang digunakan sangat simple. Hancurkan 2 biji pisang, gosok pada tumit 20 minit. Bilas kaki anda seperti biasa. Lakukan setiap kali sebelum tidur.

Minyak Sayuran

Minyak sayuran juga salah satu penawar kepada tumit merekah. Caranya, basuh dan keringkan kaki anda. Sapu minyak sayuran pada tumit atau tapak kaki, pakai stoking dan biarkan semalaman. Amalkan setiap hari sebelum tidur.

Aloe Vera

Aloe vera atau lidah buaya memang bagus untuk kulit. Pelbagai jenama gel aloe vera yang sudah berada di pasaran. Sebelum anda sapu gel aloe vera pada tapak kaki, rendam kaki anda dengan air suam dahulu. Gosok tapak kaki menggunakan batu apung. Bersihkan kaki dan sapu gel aloe vera pada tumit. Biarkan semalaman. Ulang cara ini setiap hari dan anda berpuas hati dengan hasilnya.

Limau Nipis Dan Garam Kasar

Anda hanya memerlukan sebiji limau nipis dan garam kasar. Limau nipis dibelah 2 kemudian tekapkan limau pada garam kasar agar garam melekat pada belahan limau. Gosok limau pada tumit yang bermasalah. Lakukan setiap hari, lama-kelamaan tumit akan menjadi lembut dan bersih.

Cuka Epal, Madu Dan Tepung Beras

Dapatkan bahan-bahan ini, campurkan semua bahan dengan sukatan 2 hingga 3 sudu cuka epal, 1 sudu madu dan 3 sudu tepung beras. Campurkan semua bahan, gaul sehingga sebati dan jadi seperti pes. Gosokan pes pada tumit selama 3 hingga 4 minit. Rendam kaki anda dalam air suam selama 10 minit. Amalkan teknik ini sekurang-kurangnya 2 hingga 3 minggu sekali.

Air, Cuka Dan Cecair Penyegar Mulut

Campurkan 1 cawan cuka, 1 cawan cecair penyegar mulut seperti Listerine dan 2 cawan air ke dalam sebuah bekas. Rendam kaki anda selamat 15 minit. Selepas itu, gosok tumit atau tapak kaki menggunakan batu apung untuk mengeluarkan kulit keras pada tumit yang semakin menebal. Bilas dengan air bersih. Keringkan kaki dan sapukan pelembap atau losyen pada tapak kaki.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!