Cara Untuk Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Pilihan Bae & Beauty Pilihan Editor

Cara Untuk Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

Share

Setiap orang patut bersyukur kerana masih lagi mempunyai keluarga yang menemani kehidupan anda. Jangan sesekali terasa beban kerana keluarga adalah perkara yang paling penting untuk dijaga.

Menjaga hubungan kekeluargaan seharusnya dipupuk sejak kecil kerana ikatan keluarga akan mempengaruhi sikap anak-anak.

Walaupun pada zaman sekarang masa seakan-akan semakin singkat sehinggakan tidak sedar sudah tidak menziarahi ibu bapa dan hubungi adik-beradik berbulan lamanya. Jangan begitu, kurang-kurangnya gunakan teknologi yang ada untuk melepaskan rindu.

Untuk mengeratkan hubungan keluarga, pulanglah ke kampung dan lakukan aktiviti simple tetapi memberi makna yang besar.

Solat

Solat jemaah adalah perkara paling penting untuk mengisi kekosongan dalam hubungan keluarga. Semua orang tahu solat adalah wajib tapi lebih elok jika berjemaah.

Setiap kali balik kampung, lakukan solat bersama dan adakan sesi tazkirah atau ceramah ringan. Selain dapat mengeratkan hubungan, ahli keliarga dapat menambah ilmu.

Memasak Dan Makan Bersama

Dapur akan menjadi meriah jika ibu dan anak-anak masak bersama. Tidak kira anak lelaki atau perempuan, bekerjasama dan bantu menyiapkan lauk-pauk untuk hidangan makan tengah hari atau malam. Bermula dengan pergi ke pasar hingga mengemas dapur.

Aktiviti ini akan menunjukkan bahawa anda dan keluarga sentiasa kerjasama dan dapat meluangkan masa semasa menikmati masakan yang istimewa. Masa ini juga ibu anda akan mengorek rahsia hidup anda.

Menonton Filem

Jika ibu bapa anda bukan yang gemar menonton wayang, tonton sahaja filem di rumah. Tidak perlu filem terbaru, anda boleh menonton cerita P.Ramlee kegemaran ibu atau bapa.

Semestinya ada adegan yang mencuit hati. Lagi meriah kalau menonton sambil makan pisang goreng atau keropok yang di masak sendiri.

Keputusan Bersama

Keputusan yang belum dibuat atau sudah dibuat mestilah tidak membelakangi keluarga. Jangan pentingkan diri sendiri. Pastikan anda rujuk kepada keluarga untuk mendapatkan pandangan dan pendapat terutama daripada ibu bapa.

Pengalaman orang berbeaza-beza, mungkin ahli keluarga anda mempunyai idea lebih bernas sebelum anda membuat apa-apa keputusan.

Acara Tahunan

Acara tahunan adalah acara tradisi keluarga. Tidak semua keluarga mampu melancong setiap tahun. Wujudkan acara tradisi seperti barbeque, mengadakan majlis tahlil dan doa selamat atau bergotong-royong membersihkan kawasan rumah di kampung.

Jadikan ia sebagai memori dan tradisi sebagai kenangan terindah.

Album Gambar

Mengambil gambar adalah perkara wajib untuk disimpan sebagai kenangan sampai penuh ruang di dalam telefon bimbit. Jadi, anda boleh pindahkan gambar ke dalam laptop atau apa apa gajet yang semakin maju.

Tetapi apa salahnya jika anda tempah khas album gambar atau photo book keluarga. Ia sebenarnya lebih bermakna dan mudah untuk dilihat semula apa aktiviti yang anda buat dan mengimbau kenangan semasa bercuti.

Hari Keluarga

Tinggal dahulu kawan atau kumpulan melancong anda. Ambil waktu yang tertentu untuk bercuti bersama orang tersayang. Sediakan satu masa untuk bercuti atau mengadakan hari keluarga.

Tidak perlu ke luar negara pun, hanya di dalam negara malah mungkin di kawasan yang berdekatan sahaja. Memberi ruang masa bersama keluarga adalah waktu paling menyeronokkan bila dapat berkumpul dan melakukan aktiviti bersama.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!