Cili Benggala Ada Jantan Betina? Ketahui Perbezaan Cili Benggala Mengikut Warna Dan Jantina - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Cili Benggala Ada Jantan Betina? Ketahui Perbezaan Cili Benggala Mengikut Warna Dan Jantina

Avatar
Share

Cili benggala dikenali sebagai bell pepper yang berasal daripada kawasan Mexico dan sudah popular di seluruh dunia.

Sejenis cili yang tidak pedas dan dijadikan sebagai sayuran makanan segar seperti salad. Menariknya mengenai cili benggala adalah bentuk yang unik dan mempunyai beberapa warna seperti hijau, kuning atau oren dan merah. Setiap warna bell pepper mempunyai perbezaan tersendiri. Jom!

Perbezaan Rasa Dan Tekstur

Walaupun perbezaan setiap warna tidak jauh beza, tapi tetap ada perbezaannya. Untuk pengetahuan korang, cili benggala hijau mempunyai rasa pahit sedikit. Cili benggala hijau mempunyai tekstur yang crunchy dan sedap dimakan mentah seperti dalam salad atau sandwich.

Kuning atau oren pula mempunyai sedikit rasa manis. Merah, boleh dikatakan paling sedap. Lagi sedap kalau dipanggang atau grill. Hidang bersama salad dan daging panggang. Fuh! Meleleh betul!

 

Khasiat

Kalau dah warna lain lain, mesti khasiat pun berlainan. Tapi tak jauh beza. Cili benggala hijau mengandungi vitamin A, B6 dan C.

Yang warna kuning atau oren pula rasa manis tersebut menunjukkan bahawa mengandungi banyak vitamin berbanding cili benggala hijau. Cili yang berwarna merah, mempunyai vitamin yang cukup untuk si pemakan. Sebab tu elok panggang!

 

Jantina

Haa, cili benggala ada jantina! Ramai yang tak tahu pasal ni, kan? Kalau korang tengok bahagian bawah cili tersebut, kalau ada tiga benjolan bermakna jantina cili adalah jantan. Kalau ada empat, bermakna betina. Macam kelakar pula tapi benda betul!

Cili betina mempunyai banyak biji, rasa sedikit manis dan sedap dimakan mentah. Jika cili mempunyai tiga benjolan, cili sesuai untuk dimasak. Macam macam, kan?

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!