Jom Cuba Intermittent Fasting Untuk Kurus - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Jom Cuba Intermittent Fasting Untuk Kurus

Share

Diet Intermittent Fasting (IF) adalah diet ‘puasa’ yang mengaturkan pola pemakanan setiap hari. Bukan tidak makan langsung seperti bulan puasa tetapi boleh makan dalam tempoh waktu tertentu sahaja.

Diet ‘puasa’ yang diperkatakan adalah hanya boleh minum air masak untuk mengelakkan daripada terdehidrasi dan mengatur tempoh makan.

Sebagai muslim, puasa adalah salah satu cara untuk tubuh ‘berehat’ daripada makan terlalu banyak dan tidak terkawal. Sama seperti diet IF membantu merehatkan perut dan usus dalam masa 12 hingga 14 jam.

Anda sendiri yang boleh memilih jam berapa anda mahu memulakan diet IF yang penting dalam masa yang ditetapkan. Sebagai contoh, jika anda mula pada 7 petang, 9 pagi esoknya anda boleh mengambil sarapan.


KEBAIKAN

Otak

Pengamal diet IF dapat meningkatkan hormon Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF) yang merangsang pertumbuhan sel otak dan menguatkan memori. Ia dapat mengelakkan daripada penyakit Alzheimer yang melemahkan ingatan, kewarasan dan perubahan tingkah laku.

Jantung

Diet IF mengurangkan kadar kolesterol, peradangan, menurunkan gula dalam darah dan rintangan insulin. Semua ini adalah penyebab sakit jantung.

Kanser

Kajian pernah dilakukan terhadap haiwan, kajian mendapati diet IF dapat mencegah kanser. Selain itu, mengurangkan kesan negatif terhadap pesakit kemoterapi.

Hidup Lebih Berkualiti

Kajian diet IF dilakukan kepada tikus, tikus yang mengamalkan diet ini didapati hidup lebih lama berbanding tikus yang tidak mengamalkan diet.

Hormon Tumbesaran (GH)

GH adalah sistem tubuh badan yang menguatkan tulang, mengurangkan lemak dalam badan dan membentuk otot. Apabila anda mengamalkan diet IF, hormon GH akan meningkat sehingga 5 kali ganda dari biasa.

CARA DIET IF UNTUK PERMULAAN

Walaupun anda makan banyak pada siang hari dengan ‘puasa’ pada waktu malam akan membantu menghilangkan segala lemak. Berpuasa 12 hingga 14 jam akan mengekalkan berat badan dan tingkatkan pertumbuhan otot.

Untuk pengamal yang baru mencuba, mula dengan 12 jam dahulu. Contohnya, masa makan terakhir anda pada jam 6.30 petang dan mulakan sarapan pada 6.30 pagi esok. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu, dan anda boleh mula dengan 14 jam iaitu 6.30 petang sehingga 8.30 pagi. Jangan risau, masa memulakan diet bergantung kepada anda.

Jika terasa lapar semasa anda sedang ‘berpuasa’, anda hanya boleh minum air masak, minum air garam bukit ½ sudu teh bersama air masak, teh hijau, kopi dan teh tanpa gula atau susu

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!