Dah Dekat 30 Tahun Pun Tak Kahwin Lagi? Ini Typical Stereotype Kepada Anak Dara Tua Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Dah Dekat 30 Tahun Pun Tak Kahwin Lagi? Ini Typical Stereotype Kepada Anak Dara Tua

Share

Rezeki ni datang dengan bermacam macam cara. Bukan berkahwin je. Dapat jaga ibu bapa dengan sempurna, badan sihat, kerja yang bagus, cukup segala keperluan dan banyaklah! Siapa kita nak judge orang, kan?

Mungkin sesetengah orang belum ada rezeki atau rezeki lambat untuk berkahwin. Isu anak dara tak kahwin kahwin ni bukan baru, sampai dah ada istilah ‘anak dara tua’. Isu ini selalu berlaku pada perempuan bujang yang berusia 25 tahun ke atas. Jadi ada perkara yang sering dilempar kepada anak dara tua ni. Ingat tak sedih ke? Terasa tau! Janganlah label bukan bukan pada anak dara tua. So, apa typical stereotype yang selalu anak dara tua dengar?

Terlalu Memilih

Orang selalu cakap memilih sangat la tu sebab tu jadi anak dara tua. Nak yang macam ni, nak yang macam tu. Padahal diri sendiri pun tak perfect. Kesian mereka kena tuduh macam tu. Sebenarnya takdir dan jodoh mereka tak sampai lagi. Mungkin rezeki mereka ke arah lain. Janganlah paksa paksa kahwin. Kalau kahwin dengan laki orang, kena marah pula. Jadi, doakan terbaik untuk mereka.

 

Hormon Tak Tentu

Anak dara tua ni garang! Tak kira dapat boss ke lecturer ke atau auntie yang belum kahwin mesti orang takut. Mesti kita rasa mereka ni garang, asyik angin je dan tak boleh bergurau sebab tu tak kahwin! Tak baik tau, sebenarnya mereka ni garang bersebab. Mereka stress tengok semua orang dah berkeluarga. Dapat pula tekanan yang suruh kahwin memanjang. Pening nak menjawab. Lagipun mereka ni cerewet dalam beberapa hal, katanya perfectionist.

 

Trauma Untuk Berkahwin

Terlalu banyak dengar dan lihat keadaan rumah tangga zaman sekarang. Banyak masalah dan tanggungjawab. Dari masalah pengurusan hingga masalah hubungan. Seram dengar. Disebabkan dengan kisah kisah orang sekeliling, si anak dara tua ni mula lebih berwaspada dan teliti. Mereka tidak mahu mengambil risiko dan takut dengan konflik yang wujud. Kalau mereka lebih selesa bersendiri dan tidak menyusahkan orang, apa salahnya.

 

Pilih Suami Orang

Haa paksa paksa lagi kahwin. Dah takut kalau suami sendiri kena rembat dengan anak dara tua. Tak semua anak dara tua sanggup bermadu atau berkongsi. Jangan risaulah. Yang insecure sangat kenapa? Mungkin sebab anak dara tua lebih bergaya, bijak mengatur hidup dan bekerjaya, kan?

 

Susah Dapat Anak

Dahlah lambat jumpa jodoh. Orang sekeliling pula cakap, kahwin lewat susah dapat anak sebab tak subur. Kecewanya rasa. Apa kata, doakan yang baik baik je. Janganlah mendesak atau mengata. Rezeki kita bukan kita tetapkan. Hormat semua orang dan bagi sokongan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!