Dapatkan Kulit Sihat Dengan Mudah! Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Dapatkan Kulit Sihat Dengan Mudah!

Share

Memiliki kulit yang sihat dan bebas dari segala masalah kulit muka merupakan idaman setiap wanita. Kulit yang halus dan licin menampakkan wajah seseorang kelihatan muda dan segar walaupun sedang berpeluh atau bangun tidur.

Dari dahulu lagi, ramai wanita mencuba pelbagai home remedies untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersih. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu dipraktikkan agar dapat kulit yang bersih berkekalan panjang.

Minum Air

Selain dari dapat mengurangkan rasa kehausan, ia juga dapat melembapkan kulit. Cara untuk ketahui kulit kering atau tidak, kulit terasa tegang apabila senyum serta menggelupas di sekeliling wajah. Tetapi ramai yang salah anggap manusia perlu minum air sebanyak dua hingga tiga liter sehari, sepatutnya badan manusia memerlukan air apabila rasa haus sahaja.

Perkara ini telah disebut oleh doktor pakar, dimana apabila terlebih minum air ia boleh menyebabkan water intoxication ataupun keracunan air. Cara yang paling mudah untuk memastikan kulit mendapat air yang secukupnya ialah mengurangkan air kaffein dan air bergula. Selain dari dapat kulit yang bersih dan sihat, berat badan juga dapat dikurangkan dengan cara yang mudah.

Bersenam

Senaman akan mengeluarkan peluh dengan banyak dan mencuci liang pori dari kekotoran. Amalkan bersenam selama 40 hingga 50 minit dapat membersihkan kulit dan membantu menenangkan tubuh badan.

Terdapat pelbagai jenis senaman yang boleh diamalkan dan sesuai kepada semua peringkat umur. Selain itu, lalukan senaman tidak melebihi had kemampuan anda. Paling mudah adalah jogging kerana ia membantu menaikkan kadar jantung anda serta meningkatkan detoksifikasi dan pembaharuan selular semua aspek dalam rutin utama penjagaan kulit.

Tidur

Walaupun sibuk dengan kerja, tidur yang cukup amat diperlukan supaya badan rehat dengan secukupnya. Hal ini kerana, semasa tidur akan berlakunya pembaharuan sel-sel dalam badan serta detoksifikasi.

Tidur juga dapat mengelakkan dari berlakunya lingkaran mata hitam serta mengurangkan stress badan dan minda. Sekurang-kurangnya tidur selama tujuh hingga ke lapan jam sehari sudah memadai untuk mendapatkan kulit yang segar serta badan yang sihat. Lebih elok jika anda tidur dalam gelap kerana badan anda akan dapat rehat secukupnya tanpa ada gangguan.

Makanan Seimbang

Perkara ini sudah ramai yang tahu tetapi masih ramai yang tidak mampu mengikut cara-cara pemakanan sihat. Cara yang paling mudah untuk makan makanan sihat ialah kurangkan makanan bergoreng. Banyakkan makan sayuran dan buah-buahan.

Selain itu, buat cara suku-suku-separuh iaitu ayam dan nasi suku tetapi sayur separuh. Anda tidak perlu mengikuti cara-cara yang ditunjukkan di media sosial. Ikut cara ini dan seminggu selepas itu anda dapat melihat perubahan di wajah anda, selain dapat membersihkan muka, berat badan dapat dikurangkan.

Exfoliate

Langkah ini dapat menghasilkan kulit yang bebas dari segala kotoran dan membantu kulit anda semakin bersih selain dapat mengurangkan parut jerawat. Ia membantu untuk buang sel-sel yang mati atau kering pada kulit muka anda. Ia juga dapat meningkatkan pengaliran darah yang boleh menghasilkan kulit muka yang glowing serta bersih.

Cara untuk exfoliate adalah dengan menggunakan skrub muka yang tiada partikel kasar. Partikel kasar dapat merosakkan kulit muka serta menyebabkan luka. Amalkan dua minggu sekalli sudah cukup untuk mendapatkan kulit yang bersih dan glowing.

Pelembap Muka dan Sunscreen

Dua perkara ini merupakan perkara asas dalam memastikan kulit muka anda kukuh, sihat dan bersih. Tanpa kedua-dua perkara ini, amat sukar bagi anda untuk mencapai kulit muka yang anda impikan.

Pilih pelembap muka dan sunscreen yang bersesuaian mengikut jenis muka. Sebelum itu, pastikan anda membuat sedikit kajian mengenai pelembap muka dan sunscreen yang sesuai dengan kulit muka anda. Jangan tersilap pilih kerana akan menyebabkan masalah kulit yang lain timbul seperti jerawat, kulit makin sensitif, pedih ataupun kering.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!