Dapatkan Rambut Yang Sihat Secara Semula Jadi - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Dapatkan Rambut Yang Sihat Secara Semula Jadi

Share

Kebanyakkan wanita mempunyai masalah rambut seperti rambut gugur, kering, bercabang dan lambat panjang. Rambut diibaratkan sebagai mahkota wanita, tidak kira bertudung atau pun tidak.

Pasti setiap wanita mengimpikan rambut yang sihat, bersinar dan kuat.
Tidak perlu menghabiskan ratusan ringgit untuk membeli perapi atau ubat. Anda boleh cuba tips ini untuk dapatkan rambut yang sihat.

Air Kosong

Air kosong sebenarnya banyak menyumbangkan kebaikan kepada tubuh. Secara umumnya minum air boleh mengelakkan badan anda terhidrasi.

Untuk rambut, minum air kosong yang cukup akan mengaktifkan sel di dalam rambut. Oleh itu, proses pertumbuhan rambut akan menjadi lebih cepat dan sihat.

Air Kelapa Muda

Memang sedap air kelapa diminum pada waktu panas. Tapi sebenarnya air kelapa muda juga boleh menguatkan dan cepatkan pertumbuhan rambut. Air kepala muda kaya dengan protein, kalium dan zat besi untuk merawat rambut.

Caranya, ratakan air kepala pada rambut, bungkus rambut anda dan biarkan semalaman. Selepas itu, anda boleh cuci rambut seperti biasa menggunakan syampu.

Santan

Syampu di pasaran juga sudah mempunyai campuran estrak santan. Apa kata anda buat sendiri di rumah. Untuk memanjangkan rambut dan mempunyai rambut yang bersinar, gunakan santan lebih kurang 300 hingga 500 ml pada kulit kepala dan rambut.

Ratakan, bungkus dan biarkan selama 15 hungga 20 minit. Bilas rambut anda seperti biasa. Untuk dapatkan kesan yang maksimum, lakukan tips ini 3 hingga 4 kali seminggu.

Minyak Kelapa

Ratakan minyak kelapa pada rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 30 minit hingga 1 jam. Bilas rambut anda dengan syampu.

Amalkan cara ini 3 hingga 4 kali seminggu. Minyak kelapa akan menyuburkan, melebatkan dan menghitamkan rambut.

Putih Telur

Gunakan putih telur untuk mendapatkan rambut yang sihat. Ratakan putih telur pada rambut dan biarkan selama 15 minit, kemudian anda boleh membilas rambut menggunakan syampu untuk mengelakkan daripada bau hanyir.

Putih telur mengandungi protein yang tinggi dan berkhasiat, campurkan sedikit minyak zaiton untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Minyak Zaiton

Dapatkan rambut yang licin dan berkilau dengan minyak zaiton. Sapu dan ratakan minyak zaiton pada kulit kepala dan rambut. Urut kulit kelapa dengan lembut untuk melancarkan aliran darah pada kepala.

Biarkan selama 30 minit hingga 1 jam, bilas rambut anda seperti biasa. Anda akan dapat rambut yang sihat, kuat dan cantik.

Lemon

Jika anda mempunyai rambut berminyak dan tidak sihat, gunakan jus lemon untuk mendapatkan semula rambut yang cantik. Perahkan dua biji lemon dan campurkan dengan 1 liter air.

Bilas rambut anda dengan jus lemon selepas selesai bersyampu. Kemudian, bilas rambut anda sekali lagi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!