Deko Bilik Cantik Dan Sweet Guna Fairy Light - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Deko Bilik Cantik Dan Sweet Guna Fairy Light

Share

Fairy light semakin diminati. Kalau nak deko bilik je, mesti ada fairy light terutama perempuan. Fairy light selalu dijadikan hiasan lampu bilik yang cantik dan tenang. Bilik jadi tak gelap sangat dan tak terlalu terang. Sesuai bila anda nak berehat dan menenangkan diri.

Macam-macam jenis fairy light ada sekarang. Murah, panjang, pendek dan warna pun ada pelbagai jenis. Rugilah kalau tak ada lampu cute ni dalam bilik.

Latar Belakang

Gantung fairy light pada sudut yang anda selalu lepak di rumah atau bilik. Seperti katil, meja study atau rak buku. Jadikan ia suasana yang lebih comfort dan cozy.

 

Langsir

Ini cara paling simple tapi menarik. Jika anda tidak mempunyai tangan yang kreatif, gantungkan saja fairy light pada langsir. Gantung fairy light pada bahagian tingkap, selain memberi cahaya dalam bilik, ia akan nampak dari luar. Cantik, kan?

 

Sweet Words

Jika ada mempunyai perkataan kegemaran atau quotes, jadikan fairy light sebagai salah satu cara motivasi anda. Lingkarkan fairy light mengikut perkataan yang anda suka, letak pada dinding bilik. Setiap kali membuka lampu, ia menyala.

 

Lampu Tidur

Lampu meja yang terlalu biasa sangat membosankan. Idea gunakan fairy light sebagai lampu tidur atau lampu meja sangat unik dan kreatif. Mentol fairy light kecil, halus dan tidak terang. Anda hanya perlu kumpul dalam satu bekas kaca, balang atau botol dan letakkan pada satu tempat.

 


Cermin

Vanity mirror memang memerlukan kos yang tinggi. Jika anda berkemampuan, takpe. Tapi jika tidak, gunakan saja fairy light! Lekat atau lilit fairy light pada sekeliling cermin di dalam bilik. Walaupun ia tidak seterang vanity mirror, tapi ia juga membantu untuk pencahayaan. Nampak klasik dan cute!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!