Deko Rumah Dengan Kreatif Guna Pallet Sahaja! - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Deko Rumah Dengan Kreatif Guna Pallet Sahaja!

Share

Sejak dua menjak ini ramai yang mula rajin menghias dan mendekorasi rumah. Mungkin terlalu banyak masa berada di rumah hingga bosan dengan susunan dan perabot.

Pelbagai gaya dan cara anda sudah lakukan. Ubah suai perabot, cat baru, tukar langsir dan bermacam lagi. Tetapi masih jemu mata memandang. Di sini ada tips dan idea yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, @mirasuhaira dekorasi rumah hanya menggunakan kayu pine atau lebih dikenali sebagai pallet.

Dalam bilik tidur, gunakan pallet sebagai bingkai katil. Bilik tidur anda pasti kelihatan lebih selesa dan cantik.

Jika anda mempunyai kawasan rumah yang luas, jadikan pallet sebagai buaian untuk berehat.

Pallet sangat tahan lama. Ubah suai pallet jadikan sebagai sofa. Ia masih kelihatan mahal dan klasik.

Rak. Pallet juga sesuai dijadikan rak kasut, rak buku dan meja!

Sekarang kahwin dan tunang pun perlu berjimat. DIY saja pelamin anda. Bekerjasama dengan pasangan anda untuk menghasilkan mini pelamin menggunakan pallet.

Sudah ada sofa, perlulah ada meja untuk mengopi. Tiada masalah lagi.

Kepada pecinta bunga, letakkan pasu bunga anda pada tempat hiasan bunga ini. Sudah tentu nampak lebih semula jadi.

 

Sangat seronok jika kita boleh menghias rumah dengan hasil kreatif kita sendiri. Cantik dan puas hati!

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!