Dengan Layan YouTube Je, Kanak-Kanak Boleh Bijak. Ini Senarai Channel YouTube Yang Bagus Untuk Anak Kecil - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Dengan Layan YouTube Je, Kanak-Kanak Boleh Bijak. Ini Senarai Channel YouTube Yang Bagus Untuk Anak Kecil

Share

Kanak-kanak sekarang bukan suka tengok TV. Mereka lagi suka tengok handphone! Tapi mengadap handphone pun boleh belajar tau. Alah, buka je YouTube confirm banyak channel yang bagus untuk perkembangan otak diorang.

Tapi janganlah biar sampai berjam-jam memang tak elok. Otak tak cergas, badan tak sihat, mata pun boleh rosak. Nak lagi bagus, beli Smart TV, anda pun tak risau, boleh pantau setiap masa. Channel yang disyorkan ni sesuai untuk kanak-kanak berusia dari satu hingga sepuluh tahun. Tapi kalau terlebih umur, tak ada masalah pun. Janganlah mak bapak marah pula. Jadi, mari kita mulakan dengan keluaran Malaysia!

Upin & Ipin

Inilah kembar yang sudah melayari pentas dunia. Kembar yang diminati ramai ini memberikan banyak pengajaran kepada kanak-kanak. Konsep penceritaan kanak-kanak yang tinggal di kawasan kampung bersama kawan-kawan yang lain bermain dan pergi ke sekolah bersama. Animasi hebat ini memaparkan nilai murni, sopan santun dan mementingkan adat melayu. Setiap episod ada je perkara yang mereka buat. Setiap episod juga pengajaran berlainan. Macam-macam hal mereka ni, nakal tapi bijak.

 

Didi & Friends

Pada awalnya, Didi & Friends ni memang disukai orang kanak-kanak je. Tapi sejak ada lagu ‘Mengantuknya Mumia’, Didi & Friends mula dikenali bukan kanak-kanak, sampai orang tua pun suka. Animasi haiwan yang comel menerapkan pembelajaran melalui lagu. Lagu yang dicipta semuanya simple dan mudah diingat. Sebab tu ramai orang nyanyi. 

 

Omar & Hana

Animasi yang menggabungkan kanak-kanak lelaki dan perempuan menerapkan nilai-nilai agama Islam sangat bagus kepada anak-anak. Secara tidak langsung mereka mempelajari ilmu keagamaan, menghormati ibu bapa dan belajar mengaji pada awal usia. Selain itu animasi ini menarik dan berwarna-warni.

 

Pink Fong

Tipulah tak pernah dengar lagu ‘Baby Shark Du Du Du Du’. Sebelum lagu ‘Baby Shark’ muncul, Pink Fong sudah menghasilkan beberapa buah lagu menarik. Tapi mungkin rezeki mereka selepas lagu itu popular penonton kanak-kanak semakin meningkat. Setiap lagu ada steps tersendiri. Seronok, kan? Dapat ilmu sambil menyanyi dan menari!

 

Super Simple Song

Semuanya mengenai lagu. Daripada lagu ‘Twinkle Little Star’, sampailah ke lagu paling baru. Kartun ini mempunyai viewer yang ramai kerana penggunaan Bahasa Inggeris yang mudah dan paling asas membuatkan kanak-kanak senang faham.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!