);

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Empat Jenis Gaya Mendidik Anak. Anda Yang Mana Satu?

Share

Tugas sebagai ibu bapa ni bukanlah satu tugas yang mudah. Bukan setakat belikan susu, pampers, sediakan makanan dan pakaian sahaja. Mendidik anak-anak adalah tanggungjawab yang besar kerana cara didikan akan dibawa sampai ke besar.

Ibu bapa mendidik anak perlu ada strategi dan tujuan supaya anak membesar mengikut kehendak yang diinginkan. Tapi janganlah paksa anak buat apa yang mereka tak suka. Ada empat kategori cara ibu bapa mendidik anak. Anda yang mana satu?

Memanjakan

Anak-anak bebas melakukan apa sahaja. Ya, ada juga hadnya tetapi taklah terlalu ketat. Ibu bapa yang macam ni lebih suka menjalinkan hubungan dengan anak-anak secara santai seperti rakan sebaya supaya anak-anak tidak takut dengan ibu bapa sendiri. Anak-anak mudah berkomunikasi dan senang bercerita tentang masalah kepada ibu bapa. Ibu bapa lebih ramah dan tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, cukup dengan apa yang terdaya daripada anak mereka.

 

Berdisiplin

Kalau tadi anak-anak ada ruang kebebasan, tapi kali ni ibu bapa mendidik anak untuk jadi lebih berdisiplin dan mengikut peraturan. Anak-anak macam ni sudah biasa didenda atau dihukum. Contohnya kalau buat sepah, mungkin kena rotan. Peraturan pun bukan ditetapkan tapi bergantung pada keadaan. Ibu bapa yang mendisiplinkan anak akan letak harapan yang tinggi kepada anak mereka dan fleksibiliti agak terhad.

 

Berwibawa

Ibu bapa berwibawa adalah antara yang terbaik untuk mendidik anak-anak. Mereka meletakkan harapan yang tinggi dan jelas kepada anak. Bersifat terbuka untuk berkongsi segala cerita dan dalam masa yang sama masih menjaga disiplin anak-anak. Ibu bapa seperti ini lebih mudah dibawa berbincang.

 

Tidak Komitmen

Tidak komitmen bukanlah bermaksud lepas tangan atau tak sayang anak tetapi mungkin kekangan masa dan sibuk bekerja. Sedikit sebanyak ia menjejaskan prestasi anak-anak. Tiada komunikasi dan tiada kemesraan antara ibu bapa dengan anak. Ibu bapa terlalu membiarkan anak sehingga menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin jauh. Mereka akan membiarkan anak melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan dan dijaga oleh pengasuh. Harapan kepada anak sangat kurang dan mungkin tiada.

 

Peringatan! Mendidik anak tidak semestinya mengikut gaya yang dikatakan, masing-masing mempunyai gaya dan cara tersendiri. Fikirkan yang terbaik untuk anak anda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!