Fahami Hati Seorang Lelaki Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Fahami Hati Seorang Lelaki

Share

Lelaki adalah insan yang agak pelik. Ego dia, macho dia, perangai dia semua akan dijaga rapi tanpa sikit pun kurang. Kita sebagai perempuan kena faham dengan tindak tanduk dia.

Kalau korang dapat lelaki yang tak ada ciri ciri di bawah, bertuahlah badan. Tapi kalau ada semua ciri ciri di bawah, bertuah juga. Sebab banyak benda korang boleh explore pasal pasangan korang tu. Apa sebenarnya lelaki nak dari perempuan? Kenapa kita kena tahu semua tu?

Kerja Keras

Pernah tak nampak suami atau ayah sendiri mengeluh penat bekerja? Tak pernah, kan? Sebab lelaki tak akan cerita dan kongsi penat lelah dia untuk memenuhi keperluan isteri dan anak anak. Lelaki seboleh bolehnya menyediakan segala permintaan ahli keluarga. Bersyukur dan berterima kasih kepada suami dan ayah kita!

 

Suka Diam

Siapa dapat lelaki yang banyak cakap? Kebanyakan lelaki lebih suka diam dari bercerita. Bukan sebab nak berahsia tapi mereka rasa tak perlu dicerita benda yang tak penting walaupun bagi perempuan adalah penting! Tapi lain pula dengan perempuan, benda tak penting pun cerita. Pening pula kepala pasangan nak dengar satu per satu.

 

Dibandingan

Ini bukan lelaki je tak suka, perempuan pun pantang dibanding bandingkan. Tak kisahlah dibandingkan dengan siapa pun, mesti buat dia berkecil hati. So sama samalah terima kurang lebih masing masing ya.

 

Dikongkong

Sesiapa pun tak suka dikongkong. Lelaki yang matang, bijak membahagi masa dan aktiviti yang dilakukan. Sebagai pasangan janganlah terlalu kawal pergerakan suami korang. Biarkan sekali sekala mereka melakukan aktiviti kegemaran bersama rakan rakan. Berikan dia sedikit kebebasan. Yang lelaki pula, jangan ambil kesempatan!

 

Pasangan Yang Bersifat Keibuan

Ada lelaki sukar perempuan yang bersifat kasar, berdikari dan boleh buat semua benda tanpa menyusahkan orang lain. Tapi semua lelaki mahukan perempuan yang mempunyai sifat lemah lembut dan keibuan. Bukan untuk diri dia tapi untuk masa depan anak anak. Tak kisah perempuan kasar macam mana pun sebelum kahwin tapi kahwin nanti lelaki akan mencari ciri ciri keibuan pada perempuan tu.

 

Bila Jauh, Risau

Eh, ingat perempuan je overthinking. Lelaki pun sama je, okay. Cuma lelaki taklah overthinking sampai menangis. Kalau pasangan jauh mesti text atau terus call. Yang pasti lelaki tak akan cakap dia risau tapi soalan soalan yang ditanya pun tahu dia tengah risau, kan?

 

Penyayang Tapi Tak Tunjuk

Kalau dapat pasangan yang suka cakap sayang, hari hari cakap sayang maknanya korang dapat lelaki yang agak rare sebab lelaki susah cakap sayang. Dia tahu tunjuk je itu pun kurang jelas. Bukan tak sayang cuma tak tahu nak cakap macam mana. Malu ke? Segan ke? Tak tahulah sebab tu perempuan selalu beranggapan lelaki tak romantik.

 

Tak Pandai Pujuk

Haa, inilah kelemahan kebanyakan lelaki. Tak reti pujuk perempuan kalau merajuk. Dia akan biarkan korang sampailah keadaan elok seperti sedia kala. Untuk lelaki, kalau perempuan merajuk, tanyalah elok elok. Paling tak, duduk je sebelah dia. Nanti lama lama dia cerita dan okay.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!