Fakta Dan Mitos Smartphone Yang Korang Kena Tahu Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Fakta Dan Mitos Smartphone Yang Korang Kena Tahu

Share

Boleh dikatakan semua orang mempunyai smartphone. Tidak kira tua atau muda. Smartphone memang sudah jadi keperluan dalam hidup. Macam-macam aplikasi yang dimuat naik. Whatsapp, Telegram, Instagram, Twitter, Facebook dan banyak lagi. Aplikasi untuk edit gambar, untuk tengok movie pun ada. Macam-macam juga anda dengar tips jaga smartphone yang betul.

Bila pakai smartphone, banyak tips korang dengar. Ada yang betul dan ada yang tak. So, jom check apa yang betul dengan yang tak tu.

Phone Baru

Kalau korang beli phone baru, jangan terburu-buru beli yang baru launch. Seeloknya buat perbandingan setiap phone yang menjadi pilihan utama. Pilih mengikut keperluan dan kemampuan. Tidak semestinya phone baru keluar mempunyai ciri terbaik. Kadang-kadang yang lama lebih berkualiti, harga pun murah.

 

Megapixel Kamera

Kalau belim phone, perkara wajib yang perlu tahu adalah berapa megapixel kamera. Kalau nak tahu, megapixel kamera bukan penentu hasil gambar yang cantik tetapi kualiti sensor kamera, setting kamera dan yang paling penting angle semasa mengambil gambar. Kalau megapixel kamera bagus tapi angle tidak menarik gambar tidak akan jadi cantik.

 

Bateri

Jangan cas phone bila bateri dah sampai 0%. Ia akan menjejaskan kualiti dan kestabilan bateri phone korang. Bila bateri problem, automatic phone pun terus problem. Jangan bimbang jika telefon yang dicas sudah sampai 100%. Bateri akan berhenti mengecas apabila sudah penuh. Sekali-sekala, periksa battery health smartphone korang tau!

 

Padam Tab Aplikasi

Betul ke padam tab boleh menjimatkan bateri? Sebenarnya kalau anda sudah keluar daripada aplikasi tersebut secara automatic penggunaan aplikasi akan terhenti. Tidak ada kena mengena langsung dengan penjimatan bateri.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!