Feedback Dari Orang Lain Tak Akan Bantu Korang Berusaha Lebih Baik, Menurut Kajian - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Feedback Dari Orang Lain Tak Akan Bantu Korang Berusaha Lebih Baik, Menurut Kajian

Bae & Beauty Gaya Hidup

Feedback Dari Orang Lain Tak Akan Bantu Korang Berusaha Lebih Baik, Menurut Kajian

Farhana Syahirah
Share

Kita terbiasa berfikir bila dapatkan feedback secara tak langsung akan membantu kita berkembang.

Tetapi penyelidik dari Harvard mendapati yang ini bukan strategi terbaik. Mereka juga ada jalankan beberapa eksperimen yang menunjukkan hasil yang mengejutkan: meminta nasihat, bukannya feedback, jauh lebih bermanfaat dan membantu.

Bae & Beauty juga terkejut untuk mengetahui bahawa feedback kadang-kadang dapat menghalangi korang untuk mencapai hasil terbaik dalam kerjaya, dan berikut adalah 5 sebab mengapa.

1. Feedback selalunya terlalu kabur


Maklum balas yang diterima selalunya terlalu tidak jelas dan tidak menbantu perkara yang boleh kita tingkatkan

Menurut kajian , feedback yang tidak jelas dapat menghalang wanita untuk tidak mengembangkan karier mereka.

Lelaki biasanya mendapat bimbingan khusus sementara wanita kurang mendapat maklum balas secara terperinci.

Kajian lain menunjukkan bahawa pelajar minoriti mendapat maklum balas yang kurang kritikal daripada penilai kerana mereka tidak mahu kelihatan berprasangka.

2. Feedback selalunya berbentuk pujian


Apabila korang meminta orang lain berikan maklum balas, mereka biasanya lebih cenderung untuk memberi pujian

Eksperimen juga menunjukkan yang pelajar, apabila diminta untuk menilai kursus pada akhir tahun, sering memberikan ucapan pujian umum, seperti “Isi dan gaya pengajaran fakulti ini sangat baik.”

Maklum balas yang diberikan kepada wanita biasanya menunjukkan bahawa dorang biasanya melakukan pekerjaan dengan baik.

3. Feedback sering dikaitkan dengan penilaian.


Kita sering menganggap bila bagi feedback, mesti sama dengan penilaian. Ini selalu berlaku kerana, di sekolah, kita biasanya mendapat feedback dengan penilaian markah dari cikgu.

Apabila kita dewasa dan mula membina kerjaya, kita mendapat feedback dalam bentuk penilaian prestasi kerja.

Sebab itu, bila orang diminta beri feedback, dorang lebih memikirkan bagaimana prestasi orang lain pada masa lalu dan bukannya tindakan yang mungkin dilakukan pada masa akan datang.

4. Nasihat dapat beri tumpuan kepada apa yang boleh dilakukan


Apabila diminta nasihat, orang biasanya kurang menumpukan perhatian pada penilaian dan lebih banyak pada apa yang dapat dilakukan di masa depan

Korang memang tak dapat mengubah masa lalu, tetapi masa depan korang bergantung pada tindakan yang korang lakukan sekarang.

Kajian menunjukkan bahawa orang yang memberi nasihat lebih menumpukan pada peluang yang boleh korang boleh tingkatkan.

5. Nasihat berikan korang penjelasan secara terperinci


Apabila orang diminta memberi nasihat dan bukannya memberi maklum balas, mereka biasanya memberikan lebih banyak perincian mengenai apa yang perlu diperbaiki.

Sebagai contoh, eksperimen yang sama, pelajar yang diminta untuk menilai kursus, menunjukkan yang meminta nasihat dapat menghasilkan penjelasan terperinci tentang apa yang berjaya dan apa yang tidak.

Bila korang ingat kali terakhir korang diberi nasihat dan bukannya feedback? Adakah korang akan menganggapnya berguna?

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!