Gadis Sarawak Wakil Malaysia ke Miss Universe 2021! Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Gadis Sarawak Wakil Malaysia ke Miss Universe 2021!

Share

Miss Universe Malaysia 2020 sudah diumumkan baru baru ini. Kecantikan, aura, kebijaksaan dan pelbagai ciri yang ada dalam diri seorang ratu telah mengangkat nama Francisca Luhong James yang berasal dari Sarawak sebagai Miss Universe Malaysia 2020.

 

Pemenang diumumkan dalam acara gemilang Miss Universe Malaysia Gala Night (e-Gala), yang pertama kali bersiaran secara langsung. Selain itu, Francisca juga mendapat dua gelaran lain iaitu Best in Evening Gown dan Miss Auto Bavaria Elegance.

 

 

Beliau merupakan anak sulung daripada dua baradik dimahkotakan dengan ‘Reflection’ daripada Habib berlian 10 karat emas putih bernilai RM2.38 juta, wang tunai dan hadiah tajaan serta biasiswa pendidikan.

 

 

Francisca berusia 25, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Komunikasi Massa, UiTM akan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe yang dijangkakan berlangsung pada 2021, di lokasi yang belum ditetapkan.

Tahniah dan selamat berjaya Francisca Luhong James!

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!