10 Hadiah Best Bagi Pasangan Korang );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Trend

10 Hadiah Best Bagi Pasangan Korang

Share

Nak jumpa selalu susah, apa kata buat kejutan untuk buah hati korang. Terubat sikit rindu dan kembalikan semula sweet dalam relationship. 

Tak kisahlah kumbang bagi hadiah pada bunga atau sebaliknya, yang penting kena give and take. Jangan sebelah pihak je yang memberi dan sebelah lagi menerima je. Tak best, kan? So jom tengok idea yang menarik, simple dan confirm boleh buat hati pasangan orang cair.

Bunga

Bunga memang cliche tapi itulah tanda rasa cinta, kasih sayang dan semua yang love! Ada yang cakap, bilangan bunga pun memainkan peranan, warna bunga pun ada maksud tersendiri. So, pilih betul-betul nanti tersalah maksud pula.

Coklat

Basic! Bagi hadiah coklat memang nampak biasa je tapi yang menerima tu sure senyum meleret sampai balik rumah. Lagi-lagi yang dapat dekat office, fuh berbunga betul hati walaupun dapat coklat. Selit sikit kad ucapan dengan ayat yang jiwang.

Minyak Wangi

Siapa tak suka dapat minyak wangi? Minyak wangi adalah salah satu hadiah yang paling best! Dapat pula yang set sekali dengan losyen, body mist dan banyak lagi. Korang kena perhati apa jenama pasangan korang pakai atau paling mudah pilih wangian yang korang sendiri suka. Suruh pasangan korang pakai. Haa, gitu.

Makeup Bouquet 

Eh bukan makeup untuk perempuan je. Lelaki pun ada makeup, okay. Tak kisah sejambak jenis alat makeup ke, keperluan skincare ke, bodycare ke apa-apa pun boleh janji memenuhi keperluan pasangan. Korang kena tahu apa jenama kegemaran pasangan barulah tahu apa nak bagi.

Hamper Makanan

Tukar dari bagi bunga, korang boleh bagi makanan. Bunga tak boleh makan, kalau dapat makanan tentu-tentu boleh kenyang. Tak perlu buat hamper, bagi box of foods pun memadai dan lebih selamat. Alang-alang tak boleh makan dekat kedai, bagi makanan makan dekat rumah je, mudahkan?

Kek

Buat kejutan dengan kek. Kek kecil dengan dekorasi yang comel dan sweet! Jangan lupa kad ucapan yang manis-manis. Tak kisah kek apa-apa yang mampu buat si dia tersenyum sambil makan.

Tanaman Hiasa Rumah

Kalau korang rasa kejutan coklat dengan bunga tu dah terlalu biasa, bagi pula tanaman hiasan rumah yang comel-comel. Pasu kecil, warna-warni dan tak mudah layu. Pilih bunga yang tak perlukan perhatian yang rapi. Mesti pasangan anda jaga tanaman tersebut dengan penuh rasa cinta!

Aksesori

Kalau nak bagi perempuan boleh bagi jam, gelang, rantai dan macam-macam. Untuk lelaki pula boleh bagi jam atau cincin platinum. Macam-macam jenislah korang boleh dapat yang murah ke yang mahal ke janji mampu. Okay?

Tumblr

Kalau pasangan korang coffee addict hadiahkan pasangan tumblr. Memang berbaloi! Selain tumblr, korang boleh bagi stainsless steel flask, smoothie cup, drink bottle yang boleh letak mana pasangan.

Barangan Hobi

Rasanya yang ni korang kena buat kajian sikit kalau hobi korang dengan pasangan tak sama. Bagi barang keperluan hobi pasangan. Contohnya, pasangan korang suka hiking, bagi dia barang keperluan hiking. Apa yang dia selalu sebut, itu yang korang belikan.

 

 

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!