3 Wajah Pelakon Cilik 'The Karate Kid' Buat Peminat Cair! );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Trend

Wajah Terkini 3 Pelakon Cilik ‘The Karate Kid’ Buat Peminat Cair!

Share
pelakon

Pasti ramai yang masih ingat fenomena filem ‘The Karate Kid’ yang dibintangi oleh pelakon stuntman tersohor iaitu Jackie Chan. Namun, setelah hampir satu dekad, pelakon cilik yang melengkapkan jalan cerita tersebut kini sudah meningkat dewasa dan kelihatan kacak dan sungguh bergaya!

Kali ini penulis mahu kongsikan tiga pelakon kanak-kanak ‘The Karate Kid’ selepas mereka hit puberty.

1. Jaden Smith

Jaden Smith memainkan peranan sebagai Dre Parker dalam ‘The Karate Kid’. Selain menjadi pelakon, Jaden juga seorang rapper, penyanyi, dan penulis lagu. Anak lelaki Will Smith yang berusia 23 tahun telah melancarkan album sulungnya Syre pada tahun 2017 dan album keduanya Erys pada tahun 2019.

pelakon
pelakon

2. Zhenwei Wang

Zhenwei Wang melakonkan watak Cheng, musuh utama Dre Parker dalam filem ini. Zhenwei Wang atau mesra dikenal Zac Wang kini bekerja sebagai stuntman dan artis Seni Mempertahankan Diri di China. Selepas The Karate Kid, dia memainkan peranan dalam filem ‘Martial Arts vs. Reality’ pada tahun 2012. Kemudian, pada 2020 dia kembali berganding bersama Jackie Chan dalam filem ‘Vanguard’ dan Project X-Traction dimana penerbitnya adalah Jackie Chan.

Jom kita tengok update dari laman instagram Zac Wang!

cilik
cilik

3. Wenwen Han

Pelakon Karate Kid juga termasuk Wenwen Han yang melakonkan watak Mei Ying yang juga merupakan cinta hati Dre Parker dalam filem itu. Pelakon berusia 27 tahun ini juga seorang pemain biola dan penari. Pada tahun 2017, pelakon ini membintangi Ink & Rain. Wenwen Han tidak begitu aktif di media sosial dan lebih suka low profile.

pelakon
pelakon
pelakon

Cantik dan handsome betul kan mereka? Sedap je mata memandang. Jadi anda yang masih belum sampai level segak dan menawan tu jangan lah risau, lambat laun pasti anda akan merasainya juga. Biasalah waktu kanak-kanak aktif bermain dan bersukan. Apa apa pun pastikan anda sentiasa memakai sunblock untuk menjaga kulit kita dari sinaran uv!

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!