Guna 4 Cara Ini Kalau Taknak Mata Pedih Potong Bawang );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Guna 4 Cara Ini Kalau Taknak Mata Pedih Potong Bawang

Share
bawang

Biasanya ramai yang akan mengelat apabila disuruh mengupas bawang kerana ia memedihkan mata tapi kalau ajak ‘membawang’ memang laju!

Apa punca membuatkan mata berair ketika mengupasnya? Enzim yang terdapat di setiap lapisan bawang akan merembes ke udara ketika dikupas dan boleh menyebabkan pedih sampai mengalir air mata.

Artikel berkaitan: 8 Petua Boleh Diamalkan Bagi Memudahkan Urusan Di Dapur 

Tapi sebenarnya ramai tak tahu bahawa terdapat pelbagai cara mengupas dengan betul dan ia bukan semata-mata memakai cermin mata renang.

1. Kupas ia dalam air

bawang

Rendam ia di dalam bekas berisi air dan kupasnya di bawah permukaan air. Dengan cara ini enzim yang merembes tidak akan berterbangan di udara.

2. Sapu pisau dengan jus lemon

Sebelum memotong, sapukan jus lemon pada pisau anda. Ia dapat membantu membunuh enzim yang dirembes memandangkan ia bersifat asid dan mempunyai bau kuat.

3. Simpan dalam peti ais

Sebaik-baiknya simpan ia di dalam peti ais sebelum digunakan kerana suhu dingin dapat melambatkan proses enzim menjadi gas dan memedihkan mata saat dipotong.

 

4. Potong di tempat terbuka

merewang

Jika kita lihat kenduri di kampung, makcik-makcik akan memotong bawang di tempat terbuka sambil rancak ‘membawang’. Sebenarnya cara ini lebih selamat kerana angin yang bertiup akan mengalihkan enzim yang dirembes ke tempat lain.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!