4 Cara Semula Jadi Buat Produk Kebersihan Rumah Tanpa Kos Tinggi );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

4 Cara Semula Jadi Buat Produk Kebersihan Rumah Tanpa Kos Tinggi

Share
bersih

Dalam memastikan rumah kekal bersih dan selesa untuk didiami, penghuni perlu melakukan rutin pembersihan secara berterusan. Hal ini menjadikan anda perlu menghabiskan wang pada produk kebersihan seperti pencuci lantai, pencuci tingkap dan sebagainya.

Kebanyakan ibu milennials dan T20 tidak berapa kisah untuk mengeluarkan duit membeli produk kebersihan berkali-kali namun bagi golongan B40 dan kurang berkemampuan pastinya terasa berat untuk melakukan sedemikian.

Jadi ini antara produk kebersihan yang boleh dihasilkan di rumah dengan menggunakan bahan yang natural. Mudah je!

1. Pembersih kayu

bersih

• 1/2 cawan jus lemon (4 lemon)
• 1/4 cawan air
• 1/2 sudu sabun cair semula jadi atau detergent 
• Beberapa titis minyak zaitun

Satukan bahan dalam mangkuk. Masukkan span ke dalam campuran, perah lebihan air tersebut dan cuci permukaan kayu di rumah anda.

bersih

Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan cuka untuk menggantikan lemon dan campurkannya dengan 5 titis essential oil bagi menambahkan aroma yang wangi.

2. Pencuci tingkap

• 1/4 sudu washing soda
• 1/2 cawan air panas
• 1/2 sudu sabun cecair atau detergent 
• 2 cawan air berkarbonat

Larutkan washing soda ke dalam air panas, kemudian tuangkan ke dalam botol yang mempunyai muncung semburan.

Tambahkan sabun cecair atau detergent dan air berkarbonat (juga disebut sebagai agen pembersih yang sangat baik untuk countertop keluli tahan karat dan sinki porselin).

Goncangkan untuk sekatakan campuran tersebut, kemudian sembur dan anda sudah boleh mula mengelap!

3. Pencuci mangkuk tandas

bersih

• 1/2 cawan baking soda
• 1/2 cawan cuka suling putih

Tuangkan campuran kedua-dua bahan ke dalam tandas. Biarkan ia sebentar, kemudian sental dan flush!

4. Pembersih keluli tahan karat

• Cuka
• Minyak zaitun
• Kain yang lembut atau microfiber

Semburkan permukaan dengan cuka secara bebas. Dengan menggunakan kain lembut, gosokkan ke arah butir untuk membersihkan. Gosokkan dengan mencelupkan kain ke dalam minyak zaitun dan menggosok semula ke arah perkakas keluli tahan karat tersebut.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!