Baju Raya Readymade Atau Tempah: 4 Perkara Diambil Kira

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Readymade Atau Tempah: 4 Perkara Yang Perlu Diambil Kira Semasa Memilih Baju Raya

Share
baju

Baju yang dipakai semasa menyambut Hari Raya sedikit sebanyak mempengaruhi mood si pemakai. Kalau ada yang tak kena macam longgar atau ketat memang spoil kan?

Jika dahulu, ramai yang memilih baju raya mereka untuk ditempah kerana jahitan mengikut ukuran pelanggan itu sendiri.

Kini, kebanyakan orang mula membeli baju siap dipakai atau ready to wear (RTW) dan baju yang dijahit custom pula kurang mendapat sambutan.

Untuk mengelakkan kegusaran antara baju raya readymade atau tempah, ini merupakan 4 perkara yang perlu diambil berat oleh pelanggan semasa membuat pilihan.

1. Bajet

baju

Ini adalah satu perkara yang akan menjadi kunci kepada keseluruhan keputusan di mana berapa banyak sebenarnya anda sanggup keluarkan untuk membeli pakaian raya.

Bagi readymade, tidak semua baju yang dipaparkan di kedai mahal. Terdapat beberapa pakaian klasik yang mudah didapati di kebanyakan peruncit utama. 

Begitu juga dengan pakaian yang ditempah, jika anda memilih untuk hantar pesanan lebih awal, pasti tukang jahit anda akan lebih senang bekerja selagi anggaran dan jangkaan anda berpatutan.

2. Tempoh masa

baju

Macam biasa, mesti ramai yang fikir jika pakaian tempah akan tampak lebih baik disesuaikan berbanding readymade di kedai. Walau bagaimanapun, ketepatan pemasangan dan penyesuaian itu memakan masa.

Sekiranya anda berada dalam fasa terakhir Ramadan dan masih belum mempunyai pakaian raya, pasti situasi tersebut mendesak anda untuk memilih sesuatu yang sudah siap jahit di butik.

Namun, jika anda masih mempunyai waktu, pastikan untuk adakan sesi yang tepat bersama penjahit anda termasuk dengan memilih kain untuk baju. Pastikan untuk membuatnya awal ya!

3. Gaya

Tidak dinafikan lagi bahawa pakaian yang dipesan lebih awal mempunyai ukuran yang tepat dan jahitan yang lebih teliti. Pada masa yang sama, anda dapat memilih gaya anda sendiri, sama ada klasik mahupun koleksi ala-ala datin wannabe! Hahaha

Berbanding dengan pilihan sedia ada di kedai, anda hanya dapat membeli baju yang mungkin itu sahaja yang tinggal untuk saiz anda tetapi gayanya tidak menepati taste dan citarasa anda.

Namun, anda pasti mendapat baju raya yang pasti boleh didondonkan bersama keluarga kerana baju readymade di pasaran mempunya set lengkap keluarga dan mereka juga sentiasa mempunyai gaya yang selamat.

4. Jahitan

baju

Seperti yang kita tahu ukuran baju readymade semuanya XS/S/M/L/XL dan sebagainya.

Sekiranya anda mempunyai bahagian yang tidak rata seperti terlalu kecil dan terlalu besar, anda pasti mahukan pakaian yang masih memuji penampilan anda dengan cara yang terbaik dan yang paling penting selesa dipakai.

Namun, jika anda sesuai dan tidak kisah untuk membeli baju readymade yang berada di pasaran, ia semestinya bukanlah pilihan yang buruk. Banyak je yang cantik-cantik sekarang, rambang mata!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!