Mimi Lana Antara 4 Selebriti Wanita Yang Sudah Menjadi Sukarelawan Di Pusat Vaksinasi );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Mimi Lana Antara 4 Selebriti Wanita Yang Sudah Menjadi Sukarelawan Di Pusat Vaksinasi

Share
sukarelawa

Sementara ramai yang masih lagi menunggu temu janji vaksin, penerima yang sudah mempunyai tarikh pasti berasa takut jika tiada peneman disisi.

Perasaan yang merisaukan itu tidak menjadi masalah kerana adanya para sukarelawan yang bertugas di setiap pusat vaksinasi yang bakal anda hadiri.

Sukarelawan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membimbing agar proses vaksinasi anda berjalan lancar. 

Baru-baru ini, kita dapat melihat beberapa wajah dari kalangan selebriti Malaysia memilih untuk membantu menyebarkan kesedaran dan menjadi sukarelawan di pusat vaksinasi. 

1) Mimi Lana – Pelakon

Semalam merupakan hari selesainya tugas Mimi Lana sebagai sukarelawan.

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu pernah melibatkan diri dalam tugasan yang sama pada 6 Julai yang lalu dan Mimi turut berkongsi di laman Instagramnya tentang pengalaman pertama kali bertugas sebagai sukarelawan.

“Saya sudah selesai menjalani hari pertama sebagai sukarelawan! Terima kasih @qualitasmedicalgroup dan semua orang yang terlibat. Esok, seramai 3000 orang dijangka bakal menerima dos pertama dan kedua mereka di sini. Semoga semuanya berjalan lancar, Insyaallah. Jom vaksin semua!”

2) Amelia Henderson – Pelakon

Dalam salah satu perkongsiannya, Amelia mengatakan, “Singgah & izinkan saya mendaftarkan anda !! Hari ini saya bekerja di kaunter penerimaan tetamu #PPVUKM! Saya sudah lakukan yang terbaik untuk edit video ini (dan semua post lain yang saya siarkan) untuk melindungi privasi orang awam yang mendapat vaksin, bagaimanapun saya sangat seronok bertemu semua orang dan jika anda sudah mempunyai janji temu dan bakal menerima vaksin di sana, saya mungkin akan menjadi sukarelawan yang memeriksa anda di hehehe jumpa lagi! Dapatkan vaksin anda!”

3) Daiyan Trisha – Penyanyi, Pelakon & Penulis Lagu

Dalam masa berkongsi kegembiraan menjadi sukarelawan, pelakon ‘Projek: Anchor SPM’ ini juga telah membuat para peminatnya tidak sabar untuk menerima vaksin di tempat dia bertugas.

Daiyan yang sudah lama ingin menjadi sukarelawan akhirnya berpeluang mendapat pengalaman kali kedua untuk bertugas di ppv UKM pada 11 Julai. 

Dia berkata di Instagram, “Siapa pergi vaksin saya kasi mini heart! Hello semua. Hari ini saya akan teruskan bertugas sebagai volunteer di ppv UKM Bangi untuk meneruskan inisiatif mingguan saya. Memandangkan sekarang sudah mulanya temu janji bagi dos kedua, jadi susunan dalam ruang ppv pun sudah bertukar. Untuk penerima dos kedua, anda tak perlu lagi mengisi borang persetujuan & tak perlu tunggu di kawasan pemerhatian dah”.

4) Anna Jobling – Model & Pelakon

Selain menjadi volunteer, peserta Dewi Remaja musim 2018/2019 itu berkongsi peringatan untuk semua pengikutnya di Instagram.

“Saya mempunyai peluang besar untuk menjadi sukarelawan dan membantu di UKM @qualitashealthmedicalgroup di stesen vaksin COVID mereka. Terima kasih untuk segalanya. Saya mempunyai pengalaman hebat. Juga peringatan untuk semua, dapatkan vaksin anda”.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!