Jika Tak Ubah 5 Gaya Hidup Ini, Korang Boleh Hidap Masalah Obesiti );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Jika Tak Ubah 5 Gaya Hidup Ini, Korang Boleh Hidap Masalah Obesiti

Share
obesiti

Obesiti atau kegemukan merupakan masalah di mana seseorang mengalami masalah lebihan berat badan yang meningkatkan pelbagai risiko penyakit.

Obesiti sering kali menjadi penyebab kepada penyakit kronik yang serius seperti jantung, angin ahmar dan diabetes.

Penting bagi kita mengetahui beberapa tanda bahawa kita telah mengalami obesiti kerana pencegahan dan rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa serta menghindari pelbagai penyakit kronik.

1. Keletihan

Kegemukan juga dapat menyebabkan ‘sleep apnea’ iaitu lebihan lemak yang menghalang pernafasan ketika seseorang itu tidur.

Mereka yang tidur berdengakur dan terbangun secara mengejut biasanya disebabkan oksigen dalam darah berada pada tahap rendah dan situasi ini boleh berlaku secara berulang setiap malam.

Individu yang mengalami obesiti biasanya tidak mendapat kualiti tidur yang baik sehinggakan mereka berasa letih dah lesu pada waktu siang.

2. Kesukaran bernafas

Individu dengan masalah obesiti dapat mengembangkan lemak di sekitar bahagian dada sehingga membuatkan mereka sukar bernafas.

Ketika dalam posisi baring, pernafasan bertambah sukar kerana diafragma mereka tidak boleh bergerak bebas.

Baca Juga: Makan Pedas Boleh Kurus? 8 Makanan Terbaik Untuk Orang Sihat

3. Kaki membengkak

Peningkatan berat badan dapat memberi tekanan pada sistem vena yang membawa darah ke seluruh badan termasuk dari kaki ke jantung.

Kegemukan dapat menyebabkan pembuluh darah tersebut berhenti bekerja dengan baik dan menyebabkan kaki menjadi bengkak.

4. Selalu beli pakaian baharu

Salah satu tanda jelas masalah kegemukan adalah ketika pakaian mula terasa mengecil dan ia bukan perkara yang boleh diabaikan.

Daripada membeli pakaian baharu, sebaik-baiknya, kita perlu melihat kembali bentuk tubuh dan melakukan pemeriksaan kesihatan sama ada kita mempunyai masalah obesiti atau tidak.

Ini juga masanya untuk kita berfikir lebih serius seterusnya mengubah gaya hidup serta bersenam lebih kerap.

5. Sakit kepala

Sakit kepala boleh terjadi disebabkan lebihan berat badan terutamanya akibat kegemukan.

Masalah ini juga dapat menimbulkan keadaan disebut sebagai hipertensi intrakranial yang mana tekanan meningkat pada otak dan menyebabkan rasa sakit kepala.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!