5 Kesalahan Minum Air Kosong yang Korang Selalu Buat );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Lifestyle Pilihan Bae & Beauty

5 Kesalahan Minum Air Kosong yang Korang Selalu Buat

Share

Pelik tapi benar, korang mesti ada buat langkah-langkah minum air kosong ini untuk kekal hidrasi tetapi teknik korang mungkin salah!

Memang betul, pengambilan air yang cukup, penting untuk badan tetapi, sejauh manakah teknik minum air korang itu betul?

Yup, untuk kawal pengambilan air bukannya mudah, tetapi tak semestinya rumit, betul tak?

Jadi, Bae & Beauty dah senaraikan 7 kesalahan yang mungkin korang tak sedar dan ada jalan penyelesaiannya untuk sentiasa kekal hidrasi dengan betul.

Kesalahan 1: Korang minum air kosong lepas bersenam

Memang betul korang kena minum air lepas membuat senaman bagi bantu badan korang kekal ‘hidrate’, tetapi minum air kosong juga penting semasa senaman dan juga sebelum senaman.

Eh kenapa? Sebabnya, kalau korang mulakan senaman dengan dehidrasi, tubuh badan akan kehilangan lebih banyak cecair semasa senaman dan sangat bahaya untuk kesihatan mental dan fizikal. 

Nampak macam tak bahayakan? tapi ternyata tidak. Penyelesaian untuk ini, korang boleh kembalikan keseimbangan cecair dalam badan dengan minum air kelapa, teh biasa atau hijau dan susu coklat.

Selain air mineral, kesemua minuman yang disebut membantu kembalikan badan hidrasi seperti biasa.

Kesalahan 2: Korang fikir kopi dan teh tak tersenarai dalam hidrasikan badan.

Stigma kafein di pemikiran mungkin salah satu sebab kenapa korang fikir kopi dan teh tak tersenarai dengan air masak. Fakta sebenar adalah, secawan kopi atau teh masih boleh kekal hidrasi.

Kalau korang minum kira-kira 3 cawan kopi atau teh setiap hari akan kekalkan korang hidrasi seperti minum air masak, menurut satu kajian

Kesalahan 3: Makan terlampau sikit garam.

Walaupun diet tinggi natrium dapat keringkan badan, natrium (garam) sebenarnya menyokong keseimbangan cecair dalam badan kita.

Tubuh badan kita memang secara semulajadi akan kehilangan garam dan unsur natrium lain melalui peluh dan air mata. Jadi keperluan air dan garam amat penting dan perlu diganti dalam badan.

Kesalahan 4: Minum air kosong dulu pada waktu pagi.

Memang secara fakta, badan kita akan dehidrasi ketika tidur dan memerlukan kita untuk minum air sejurus bangun dari tidur.

Tapi korang tahu tak, minum air masak masa perut tengah kosong bukan kaedah yang paling berkesan untuk badan kekal hidrasi. Lagi mudah sebenarnya badan kita untuk menyerap dan menyimpan air bila ada nutrien lain.

Contoh nutrien lain, korang boleh ganti air masak dengan minum segelas jur oren atau lapik perut dulu dengan makanan ringan atau jajan.

Kesalahan 5: Korang terlupa makanan yang kaya dengan air.

Banyak sebenarnya sayuran dan buahan yang kaya dengan air untuk gantikan balik cecair dalam badan korang. Tomato, tembikai dan timun adalah salah satu makanan yang kaya dengan kalium untuk bantu korang sentiasa hidrasi lebih lama.

Jadi, mesti pernah buatkan beberapa kesalahan yang kami dah senaraikan? Jom ubah teknik yang salah itu dan jangan lupa kongsikan artikel ini dengan semua orang untuk kekal sihat! Nak idea snek lewat malam, korang boleh klik di sini

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!