Katakan 'NO' Kepada 5 Kesalahan Ini Semasa Pakai Pendakap Gigi );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Lifestyle

Katakan ‘NO’ Kepada 5 Kesalahan Ini Semasa Pakai Pendakap Gigi

Farhana Syahirah
Share

Pemakaian pendakap gigi dapat membantu memperbaiki susunan gigi yang tidak teratur. Bagaimanapun ramai yang melakukan pelbagai kesalahan dalam tempoh memakai pendakap gigi.

Kesalahan yang dilakukan itu bukan sahaja membuatkan pendakap gigi rosak malah melambatkan proses penyusunan gigi yang pada akhirnya menyebabkan pemakaian alat itu menjadi sia-sia.

Berikut adalah 5 kesalahan biasa sering dilakukan individu yang memakai pendakap gigi dan ia sepatutnya dihindari bagi memberi hasil maksimum.

1. Mengunyah gula-gula getah

Mengunyah gula-gula getah dan makan makanan bersifat melekit dapat merosakkan pendakap gigi. Ia boleh menyebabkan gula-gula getah melekat pada besi pendakap yang boleh mengakibatkan kuman dan bakteria.

 

2. Menggigit makanan keras

Menggigit makanan keras dapat membuatkan pendakap gigi longgar dan menyebabkan ia tidak dapat berfungsi secara maksimum. Oleh kerana itu, hindari makan makanan yang keras atau hancurkan makanan itu terlebih dahulu sebelum dimakan.

 

3. Lambat mengetatkan gigi

Pendakap gigi mesti diketatkan secara berkala dan kebiasaannya sekali dalam sebulan. Bagaimanapun, ramai yang mengabaikan perkara itu kerana merasakan ia tidak memberi kesan.

Sebenarnya melambatkan proses mengetatkan pendakap gigi boleh menyebabkan pergerakan gigi serta mendatangkan penyakit berkaitan mulut yang lain.

 

4. Doktor tidak bertauliah

Ramai yang memilih untuk memasang pendakap gigi menggunakan perkhidmatan doktor gigi tak bertauliah kerana ia lebih murah.

Pemakaian pendakap gigi bukan sahaja untuk meratakan gigi tetapi ia melibatkan banyak perkara lain seperti rahang dan wajah. Sekiranya ia tidak dipasang dengan betul, ia boleh menyebabkan bahaya.

5. Abaikan kebersihan mulut


Ada segelintir orang yang memakai pendakap gigi tidak menggosok gigi secara menyeluruh kerana bimbang rasa sakit atau melonggarkan pendakap gigi.

Sebaik-baiknya, gunakan berus gigi khusus yang dapat mencapai bahagian gigi yang tertutup dengan pendakap gigi. Pastikan celah-celah gigi turut dibersihkan agar karang gigi tidak dapat membiak dan menjadi tempat pengumpulan bakteria.

Jika mahukan tips putihkan gigi secara semulajadi, anda bolek klik disini.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!