5 Kesalahan Parenting Yang Selalu Ibu Bapa Ambil Mudah

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

5 Kesalahan Parenting Yang Selalu Ibu Bapa Ambil Mudah

Share
parenting

Mendidik anak ni seeloknya dilakukan pada usia mereka masih kecil kerana mudah untuk dibentuk dan parenting skills kena betul. Seperti peribahasa dahulu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungya’. 

Memang tidak dapat disangkal lagi ia bukan satu perkara yang mudah. Didikan pertama si anak bermula dari rumah, jadi ibu bapa merupakan tunjang utama dalam memastikan mereka sentiasa berada di landasan yang betul.

Namun, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Termasuklah ibu dan ayah kita. Kadangkala, mereka juga membuat kesilapan atau tidak perasan didikan mereka itu tidak elok untuk perkembangan si anak.

Kali ini, penulis ingin berkongsi kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa dalam mendidik anak.

1. Meremehkan masalah

Menganggap masalah anak seakan perkara yang tidak penting untuk didengari oleh ibu bapa amat tidak wajar. Anak yang tidak dapat menceritakan masalah sendiri kepada orang terdekat seperti ibu bapanya sendiri cenderung akan menjadi kuat berahsia, suka pendam atau lebih teruk lagi melibatkan masalah kesihatan mental seperti kemurungan.

Jadi, si ibu dan ayah perlu menjadi pendengar setia untuk si anak ketika mereka sedang berkongsi cerita.

2. Mengharapkan sesuatu yang tidak realistik

Ibu bapa pastinya lebih mengenali anak mereka sendiri, oleh itu jadikan ia sebagai kekuatan buat parents untuk mengharapkan sesuatu yang lebih realistik daripada si anak. Mengenali anak dengan mendalam agar ibu bapa dapat menjadi panduan terbaik buat mereka.

3. Tidak konsisten

Menyediakan peraturan yang tidak tetap akan membingungkan anak-anak untuk faham akan sesuatu perkara. Pastikan ibu bapa tidak mengubah peraturan sesuka hati seperti kadangkala anda bertindak tegas dan juga tidak kisah akan apa yang si anak lakukan. Elak berbuat sedemikian bahkan berbincang bersama pasangan untuk tetapkan sesuatu peraturan.

4. Tiada peraturan 

Budaya ibu bapa yang terlalu santai dan membiarkan anak ingin melakukan apa sahaja tanpa memarahinya sangat tidak wajar dilakukan. Anak kecil yang menjalani kehidupan bersama keluarga yang tiada peraturan akan berasa sulit pada masa akan datang. Amalkan didikan ‘dalam kelembutan ada tegasnya’ dan pastikan hukuman atau ganjaran itu berbaloi untuk anak menerimanya. Jangan terlalu bebas pula ya.

5. Tidak meminta maaf

Ha! Seperti yang kita tahu apa sahaja pesanan ibu bapa harus dituruti tetapi perlu diingatkan. Ibu bapa juga pernah melakukan kesilapan. Walaupun kesilapan itu dilakukan pada anak yang kecil, ibu bapa harus belajar untuk meminta maaf darinya. Hal ini akan mengajar anak untuk merendahkan ego mereka dan sentiasa berlembut hati dalam memaafkan seseorang.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!