5 Sebab Korang Tak Patut Tahan Kentut, Menurut Sains );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Lifestyle Sihat

5 Sebab Korang Tak Patut Tahan Kentut, Menurut Sains

Share

Kebiasaannya, seseorang kentut 15 kali sehari dan jumlahnya boleh mencecah 40 orang! Kentut terhasil disebabkan oleh udara dan gas badan yang terperangkap.

Walaupun ini adalah proses dalam badan yang normal, kadang-kadang boleh menjadi keras dan memalukan. Sebab itulah kebanyakan orang lebih rela tahan kentut dari melepaskan. Tapi, tahan kentut mungkin bukan idea yang bagus.

Menahan kentut boleh menyebabkan korang ada masalah besar. Bae & Beauty telah menyenaraikan beberapa sebab di bawah ini untuk korang.

Akhir sekali, korang akan mendapat bonus artikel iaitu trik untuk menghentikan kentut korang yang berbau tak sedap itu.

Sebab Pertama: Tubuh korang mungkin menyerapnya kembali

Bila korang memaksa badan untuk menahan kentut korang, badan itu tak ada pilihan selain menyerapnya semula. Angin tersebut akan dimasukkan ke dalam peredaran semula dan juga dapat keluar melalui nafas korang seperti sendawa.

Sebab Kedua: Ia boleh menyebabkan kesakitan dan pedih ulu hati.

Bila korang ketatkan otot untuk mengelakkan kentut terkeluar, ia akan membina tekanan di dalam badan dan boleh menyebabkan sakit, gangguan pencernaan, dan pedih ulu hati. Sekiranya dilakukan secara berkala, ia juga boleh menyebabkan pembengkakan pada saluran pencernaan korang.

Sebab Ketiga: Akan mempengaruhi kesihatan usus besar korang.

Kentut menghilangkan tekanan dalam badan korang. Walaupun kentut baik untuk usus besar, menahannya juga boleh mencetuskan buasir.

Sebab Keempat: Tahan kentut akan buat korang berasa kembung sepanjang masa.

Walaupun topik ini masih dalam perdebatan, sama ada tahan kentut membuat korang benar-benar kembung atau tidak, tapi kalau tahan secara sukarela membuatkan korang risau dan memberi kesan yang kemungkinan korang kembung.

Sebab Kelima: Tahan kentut dapat menandakan masalah yang lebih teruk.

Walaupun kentut benar-benar sihat dan normal, corak dan bau kentut sebenarnya dapat menunjukkan potensi masalah kesihatan seperti intoleransi makanan dan masalah pencernaan

Kentut yang sangat berbau juga boleh menunjukkan kandungan sulfur yang tinggi di dalam badan korang. Sekiranya kentut korang terasa sakit atau pedih daripada biasa, penulis mencadangkan agar berjumpa dengan doktor.

Bonus: Trik yang boleh guna untuk mengelakkan kentut yang busuk 

  • Elakkan minum minuman berkarbonat kerana ia menghasilkan lebih banyak gas di dalam badan anda.
  • Makan dalam portion yang lebih kecil dan kunyah secara perlahan.
  • Ambil makanan seperti pisang, kentang, bijirin, dan gandum secara berkala untuk mengelakkan kentut berbau busuk.
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!