5 TIP Penting Hubungan Jarak Jauh, Paling Last Tu Siapa Pernah Buat? );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

5 TIP Penting Hubungan Jarak Jauh, Paling Last Tu Siapa Pernah Buat?

Ain Huda
Share
hubungan

Semua orang tak nak hubungan jarak jauh dengan pasangan. Risau dengan keadaan pasangan, nak jaga hubungan supaya tak hambar, macam-macamlah kena fikir. Lagi-lagi yang berkahwin dan sudah ada anak. Susah tau.

Tapi nak buat macam mana, mungkin ada sebab yang tak dapat dielakkan terpaksa juga berpisah. Hubungan jarak jauh ni, banyak perkara kena hadap. Kuat dari segi mental dan fizikal. Kalau jenis cepat give up, susah sikitlah.

Kepercayaan

Kalau dah jauh masalah kepercayaan memang selalu berlaku. Selain itu, pasangan yang berjauhan ni selalu overthinking. Overthinking ni adalah punca hilang kepercayaan pada pasangan.

Selalu Berhubung

Bukan sebab clingy tau tapi untuk memastikan yang korang sentiasa ada untuk satu sama lain. Lainlah dulu kena tunggu surat, telefon pun kena guna public phone. Sekarang dah senang, video call boleh, Whatsapp boleh tak sampai seminit dah boleh call. Guna segala teknologi yang ada untuk menceriakan hubungan korang.

Cara Berkomunikasi

Betul komunikasi tu penting, tapi bukan komunikasi satu hala ye. Pastikan komunikasi korang tu dua hala. Dua-dua bercakap dan mendengar. Maksudnya janganlah salah seorang je bercakap, yang seorang lagi tu dengar tanpa respon. Ish! Itu pun boleh buat hubungan korang hambar tau. Berterus-terang lebih mudah, kalau penat cakap penat, kalau marah bawa berbincang ye. Jangan harap pasangan faham semua benda!

Bagi Ruang

Ye, memang selalu berhubung dan berkomunikasi adalah cara menjaga hubungan tapi jangan sampai tak ada ruang untuk pasangan korang masa untuk diri sendiri. Memang pasangan korang jauh, tapi bagi mereka fokus kepada diri sendiri juga.

Curi Masa

Kalau korang jauh beribu batu, curi masa untuk bersama pasangan. Benda paling basic adalah call. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah berjumpa sebulan sekali ke, dua bulan sekali ke. Sekurang-kurangnya ‘hidupkan’ hubungan korang. Jangan hambar je. Paling best kalau buat surprise, datang terus ke tempat pasangan korang. Aww, boleh menangis sebab happy sangat.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!